Sunday, February 27, 2011

weEEeee~

hai kawan2..sory lama gila xpost tempat makan baru...
xsempat la...makanan nya da basi2 dah dalam laptop aku ni...
nanti ye..sabar ye,...
hari ni pon bukan nak post pasal makanan...
tapi....nak buat pengumuman yang aku da bela binatang peliharaan~
weEEeeEEeeee~
aku ank bela kucing sebenarnya...tapi xde pulak...hanya ada hamster saje...
so....kalau dah nampak hamster aku....
nama dia: gedged bersempena dengan kegedikannya..
sila hiburkan dia ye...
.hikhik...
i loike~

Monday, February 21, 2011

budak ini sangat kiuT!

tadi aku merayap2 diblog2 lain akibat kebuluran menunggu wani tak pulang2 dari mengedet bersama usop...hahahahhahha..
wani kalau kau baca jangan marah~gosip liar sahaja
weeeee~

oh..terselingkuh jauh(sejak bila pandai guna perkataan selingkuh ni)..
sebenarnya nak share sumting yang menarik masa baca beautifulnara tu...
bukan pasal gosip ye...ini bukan blog gosip...bukan juga pasal makanan...
tapi......

pasal budak kiut yang buat video kiut! lawak gila budak ni....
sila2..sila loading video dibawah:





p/s: kelaka kn budak ni???berjaya menggeletek jiwa raga ku~

Sunday, February 20, 2011

Sabtu..kena datang keje???uhuhuhu...~

Semalam ialah hari sabtu yang sepatutnya dalam pemikiran aku ialah hari untuk meronggeng di atas katil sehingga pukul 12 tengah hari. Tetapi akibat daripada sikap aku jugak yang kuat menangguh2 kerja bersama2 kfida yang memang banyak kerja, Kerja yang diberi oleh bos sebulan yang lalu baru kitorang start buat minggu ni. dan terpaksalah disettlekan semalam jugak. Bukan salah kami ok..idea yang bernas memang hanya boleh datang kalau dah last minute..hahahhaha

Siap je mengedit2 dan mengfinalistkan hasil poster kami dan dapat pengapprovean bos, kami pon bergegas menuju ke serdang. serdang? jauh bebenor nak memprint poster~ sebabnya ni je antara tempat2 yang kami tau memang murah..murah gila ok..saiz a1=rm60 je. xkisah lah kau punya poster banyak kaler macam kel sekali pon..harganya tetap sama. ikut saiz sahaja..mana nak dapat harga macam ni kat tengah2 bandar kl tu???

Sampai je kat kedah IK seri serdang (siap promote kedai) kitorang kenalah pulak menghedit poster tu sebabnya bila keluarkan print preview mesin print tu semuanya sudah lari...berkecamuk!!mau nya tak pitam kepala hotak kitorang time tu. bukan takat poster kitorang je yang kena edit. ada lagi 1 poster orang len yang kitorang ditugaskan untuk memprint pon sama. adalah dekat sejam dok depan pc tokey tu dengan muka yang serabut+kebuluran~ uhuhuhuu

tapi akhirnya berkat kerjasama yang diberikan oleh encik tokey kedai...HASILnya..

 sungguh laju mesin printer ini berlari2...

 tadaaaa........cantik tak????ni kerja 3 hari ni....

Siap je print poster, k.nani pon sampai dekat area kedai ni..dia ajak pergi try 1 kedai nasi ayam style cina.. setuju je terus sebab kebuluran dan niat untuk menghappykan diri lepas menggila kat kedai printer tu dekat sejam lebih..
____________________________________________________
NASI AYAM JR RICE BOWL!!!
Lokasi: Saujana Impian, Kajang
Jenis: Chinese style

 Pintu Masuk
Sila perhati betul2 rupa kedai ini dan ingat kalau nak pergi sini. Sebabnya kitorang pusing deret blok kedai ni dekat 2.3 kali tak jumpa..haha..

 Menu
kalau nak alamat sila tekan gamba diatas bagi keluar besar sikit. nanti nampak lah alamat dia

Minuman kami 
air sejuk kepunyaan k.nani, air teh bunga is mine and air carrot susu k.fida punya~

Appetizer: Wantan Udang 
Sorry rakan2..aku tak ingat harga wantan ni sebab k.fida yang keluarkan duit..so tak sure..rasanya antara rm4/rm7 kot..wantan ini sangat sedappp!! rasanya isinya dibuat sendiri..beoleh jumpa isi udang tu tak blend habis then boleh jugak rasa black pepper yang agak kuat..dipping sause dia jugak menarik..macam kat chilis nya...mustard+mayonaise+honey..yummy!! seronot dimakan panas2!!

ni lah inti dalam wantan tu..lupa nak cerita watak sampingan dalam inti ni iaitu ada carrot n sayur hujau2...haha..sedap gila!!! 

 Mushroom HK style
ini adalah side dish yang aku tak sure jugak nama penuh dia..tapi Hk tu ada msuhroom tu pon ada..haha..harga kalau tak silap rm8..lauk ni sangatlah sedap sebab mushroom dia punya rasa tu meresap dalam gravy tu..sayur baby sawi tu pon tak lecur sangat dan sangat sedap..perfect match dengan gravy mushroom tu

  Set Ayam Goreng

 Set Ayam Stim
untuk ayam ada 2 pilihan either nak ayam digoreng or ayam distim..n ni 1st time aku try ayam stim and pilihan aku sangat tepat..rupanya ayam stim memang lagi sedap..tapi kalau ada ayam bakar aku akan choose ayam bakar..hehe...apa yang buat ayam dia sangat berasa padahal dia stim je eh??aku rasa dengan kehadiran halia dan minyak bijan buat dia jadi tasty..

 Sup n Sos cili a.k.a Sambal
Sup dia juga ada taste ok..bukan jenis sup macam kat food court, rasa air panas letak garam and daun bawang..ini rasa sup dia plain sikit tapi still ada rasa. ok lah untuk dihirup dan dicurah atas nasi ayam yang memang dah berperisa ayam.  kalau makan kobis tu boleh rasa masin lobak masin...aku suka lobak masin...sedap2.ni sup style cina kan

 Nasi Bebola
nasi juga terdapat 2 pilihan...iaitu nasi bebola atau nasi tekup dari mangkuk..opkos lah aku order nasi bebola.sebab harganya sama je tapi yang bebola ni diorang kena kerja lebih sikit..kan rasa lebih berbaloi...hahaha... susah nak cari kedai nasi ayam style cina ni yang halal..owner kedai ni melayu..n ciri2 style cian tu masih dikekalkan dalam masakkan...itu yang specialnya kedai ini..

ni pinggan aku...siap dihias sebelum diteraburkan oleh aku sendiri untuk makan...aku suka nasi bola2 ni...walaupon rasa dia sama je tapi bila jadi bola2 tu kita akan rasa sangat special...haha...

p/s: oooppppsss....aku belum bayar kak fida lagi makanan ni..esok ye!

layan lagu best

lepas lebam2 mata buat kali ke-2 lepas tengok cerita kashaf imani..aku pon lorat pulak cari lagu dalam cerita ni..
memang menimbulkan kesan lah lagu ni..cari download mp3 takde pulak jumpa yang full. so cari dekat youtube je..sila layan..sangat best..

tiada duka yang abadi by opick:



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

p/s: sila tonton kashaf imani...best gila...jatuh cinta dgn kashaf pulak lepas ni...

mari mencari ikan di pasar manhattan..


MANHATTAN FISH MARKET
Lokasi: Sogo, KL.
Jenis: Style Manhattan la kot?haha...Seafood, Creamy Cheese, Western.

Aku baru je lepas melayan cerita Kashaf Imani hasil dari terbaca komen dari sini. Sungguh2 mendownload semalam semata2 nak tengok best sangat ke cerita ni ...ingat aku takde astro, takde tv tak boleh tengok drama?aku ada broadband berkuasa tinggi ok..semestinya wimaX! hihi....sekali da terlayan..bengkak mata beb... sedih2.. meleleh2 air mata aku..huhuh..sila lah menonton.rasa insaf sebentar..sebentar je??uik..

selepas siap membengkak kan mata, aku nak sambung mengaktifkan memblog ceritera makan2..banyak nak cerita ni..sabaq na....1-1. so mula2 nak cerita pasal kedai yang menghidangkan himpunan makanan2 yang berprotein tinggi dengan resepi ala2 dari manhattan(ye2 je...hahha)...

 Menu: Buku Azimat!

 ni ada promosi. promosi pon lorat nak amik gambar...informatif sungguh blog aku kn??hahhaha

Soup: Chowder Soup, Mushroom Soup
Chowder soup ialah yang kaler oren tu ye adik2...aku pon baru lah tau nama dia chowder..kalau aku yang bagi nama opkos jadi tomato soup atau lobak soup or pumpkin soup kot...setelah mengwiki maksud chowder dan hasil pahaman aku ialah sup yang creamy, milky pekat dengan menambah bahan2 yang boleh membantu dia memekat. mushroom soup tak yah cite maksudnya..tak tau ke?nak aku gitau gak???maksudnya sup kulat~

Chowder Soup 
ini lah rupe sup ini apabila di zoom..menyelerakan?ye..memang menyelerakan sekali! aku memang kalau bab makan appetizer jangan risau. meman aku menggilanya...base yang memekatkan sup ini ialah tomato. kemudiannya ada pulak isi2 ikan and seafood dalamnya.tak lah banyak..adalah 3 ketul...and hasilnya macam rasa gravy spageti tapi tekstur kelikatannya yang berbeza...tapi sangat nyummy!

Mushroom Soup 
sup ini pulak sangat lah special sebabnya kami dapat ianya secara percuma...soup in the house~ kata waiter itu semasa menghidangkannya bersama sup2 yang lain..wah..baiknya mereka2 dikedai ini...dulu aku masa aku makan dengan kawi tapi yang kat mid aku rasa cam bangsatnya kedai ni lepas keluar dari kedai tu...kali ini suasananya berbeza sekali...adakah kerana kali ini kerana dibelanja?hahahaha...sup ini k.fida yang punya..and her comment: rasa yang sama je dengan mushroom soup biasa tapi lagi sedap dari campbell la..pekat dan mushroomnya boleh jumpa berketul2..(ni cam comment aku je~)

 Tropical Breeze
 ini pula ialah air kami..air 2-2 gelas tu sama je ye..bukan 2 jenis minuman yang berbeza..yang kiri ialah rupa air tu apabila sampai di meja anda mula2....ianya ialah kordial oren/tropical yang didasarnya gelas tu. dan kemudiannya di+ dengan air sprite...kanan tu pulak rupa air tu selepas digodak2..makanya homogenize la kordial itu...rasanya..nyaman~ ces..special la sangatkan air mudah camni korang nak cas sampai rm8..<---ni ayat kalau kena bayar sendiri..tapi tak keluar la perkataan2 ini sebab kena belanja kan~

 peralatan berperang
...sudu untuk menyuap, garfu untuk mencucuk, pisau tumpul tu untuk apakah???

 Manhattan Seafood Platter for 2
ini adalah ala2 set combo la..nama je set for 2 tapi sebenarnya boleh makan untuk 3-4 orang..apa yang terkandung di dalamnya: base nya ialah nasi macam ala2 rasa nasi goreng cina, lauk pauknya pula ialah: sotong goreng tepung yang jenis ring2 di sebelah kiri, udang yang dah siap buang kulit rasanya macam digrill, kupang yang di----(tak tau masak apa) lepas tu diselaputkan dengan creamy cheese dan yang specialnya platter ni dari biasa ialah ikannya ialah ikan salmon...kalau platter biasa dia bagi ikan cam ikan fillet/ dory...kali ni aku makan dah tak muak dah. sebab dia dah tak tabur banyak2 sangat creamy cheese n mayonaise..so ianya jadi sangat sedapp.nak2 makan ramai2..lagi rebut2..baru la ada feel~

 Dipping Sause
kalau aku panggil yang merah itu ialah sambal...aku suka apabila ianya dimakan bersama nasi goreng cina tadi  selepas diperah  lemon...

 finally...tinggallah mr. lonely tomato...yang makan tak bersih tu nanti dapat laki selekeh kata orang2 tua...en.iky ada gaya tu??ada2...hahahahha

 ni pinggan aku..licin...siap tak cukup 1 sudu..sampau 2 sudu sekali..bayangkan camne aku makan tu??ish2,,,..anak sapa la ni?

 Tuscan Tiramisu
ooohh..tak final lagi rupanya tadi...ni baru nak final...dessert kami!!nyummy2...aku kalau ada rasa kopi2 je kompem sedap..walaupon biskut celup kopi..i love it so much! nak2 tambah lak lagi dengan cream cheese yang lazat lagi berkrim~

ni nak zoom tapi kamera aku kamera handphone je...tak dapat lah nak menunjukkan tekstur tiramisu yang marvelous ni...sedaaaapppnya!!!

n aku ada some picture from manhattan fish market ni dolu2 masa makan dengan kawi...:

  time ni 1st time g...so sangat jakun la..sume nya amik gamba..sampai ke logo nya...

 Milk Shake: Chocolate and Strawbery/ RM8.90
 Time dia baru sampai kitorang punya la excited..jakunnya..ish2...siap...wah...bergaya nya...gorjes nya rupa dia..marvelousnya..nervousnya...siap ambil gamba dari pelbagai angle tuuu...sekali sedut...cis!!kuang ajaq..ni air coklat dutch lady!!!takat letak cream je atas dia..hangguk sungguh time ni rasa kena tipu....harga dia+tax aku leh dapat air susu tu 2 kotak besar eh...

 Sekali platter kitorang sampai dia buat pertunjukkan bakar2 lak depan biji mata..maunya kitorang tak xcited clap2 tangan cam anak beruk...rasa macam wow...hebatnya...!!!sengih abang ni masuk dalam gamba ye~

ni la kawi a.k.a kawiyah...lepas dapat menu bergaya, sakan la amik gamba kan...time ni dia still kurus eh..sekarang jangan harap nak jumpa dia camni...ahahahhahhawawaakakakaka

ni platter for 2 versi dulu2...berbeza dengan aku makan baru2 ni..ikan dia ialah ikan fillet/ dory, udang dia tak kopek lagi n ada pertunjukkan bakar2, ada fries, sotong goreng tepung yang sangat berminyak n tiram yang digoreng dengan tepung..masa suapan pertama hingga ke 5 tu macam wahh..sedappp!!!nyummy2...lepas tu start slow2..last2 dok men tolak2 kiri kanan.. bayangkan almost all the food atas platter ni digoreng dan sangat2 berminyak, lepas tu cheese lagi lepas tu mayonaise lagi+makan berdua je...muak2, loya dah..sekali makan tiram dia...lagi aku tak leh handle..kembang tekak..

 zoom in....nampak tak dia punya cheese n mayonaise dia..bergenang2....bergaya sungguh kan rupa dia

 dipping sause dia dulu ada 3 jenis

 ni aku siap isi survey form dia..
sungguh2 aku isi ni dengan penuh perasaan yang tulen..tak tipu  punya feeling..kalau zoom gamba ni aku tick taste: forget it..ni sebab aku muak2 n loya2..haha, value: i'm broken..ni memang aku broke lps makan sini..dah la mahal..tak puas ati..time ni student lagi..lagi rasa tensi2...presentation: good..memang good..ada persembahan lagi...dapat la kredit di situ...tapi ni dulu tau..masa tu memnag aku kutuk gila2...siap berjanji takkan masuk kedai ni lagi... baru2 ni aku masuk ok je..tak lah se horror time dulu..maybe diorang dah berubah setelah baca aku punya survey form ni kot???(perasan!!!)

 penyelamat aku on the way back to ukm! lemonade from aunty anne...i love u so much...hilang loya2 i~

p/s: Tq kak nani sebab belanja..muahx2!!!

Monday, February 14, 2011

aku baru jumpa!

hihi..ni quick entry...aku godek2 kat album dobot a.k.a ana..masa aku masuk burn ward dulu..ana ada buat kan cup cake untuk aku..sangat best!! ana ni rajin betul buat cup cake..nanti sila buatkan lagi untuk aku ye..

terharu i~
kalau tak silap rasa dia coffee kan ana??
cute eh??ni masa mula2 dia berjinak2 buat cupcake..nampak je macam senang..aku penah try buat dulu..angan2 je..lepas tu jangan harap aku nak buat lagi..menyusahkan je bila nak mengemas lepas tu..da lah tu hasilnya sangat memalukan...ahhahahhahah..lepas tu aku telah membuat keputusan untuk beli or tunggu ana buatkan je...ahhahahhahahhaha

p/s:ana!!.aku mau yang kau buat guna fondant lak pasni...aku dah nampak kau buat cun2 kat fb tu..sila hantar bagi aku makan..nanti aku leh post kat sini..heheheheeh

BUBUR JOHAN~

BUBUR NASI JOHAN!
Lokasi: Jalan Raja Uda, Kg Baru, KL
Jenis: Bubur Berlauk, Thai, Local.

Benda ni antara gamba yang dah berkepam dalam laptop aku. Aku ni kan malas nak update entry. Bila takde kerja or bila malas nak buat kerja wajib aku sibuklah nak buat benda2 macam ni..haha..ok2..entry kali ni khas nak menceritakan cik wani a.k.a my roomate yang belanja..jeng..jeng..jeng..

Gila baik hatikan roomate aku..
ye..roomate aku sangat baik dan rajin. selalu masakkan breakfast, makan petang untuk aku. dan aku adalah sangat rajin menjadi tukang rasa kepada masakkan dia..rajin jugak aku kn??hahaa so kepada siapa2 yang ada roomate tapi perangai cam hanjut tu silalah jeles dengan saya~weeee!

n nak dijadikan cerita, wani ni konon2 nya telah diputuskan oleh bosnya untuk ditransferkan ke penang pada akhir bulan lepas..tapi asyik lah postpon dari tahun lepas..haha..tapi postpon2 pon akan jadi gak nanti..mayb ujung bulan ni lak..tu lah orang cakap..langit tak selalunya indah..dalam syok2 aku bermalas2an dijaga makan minum oleh wani tak lama lagi semuanya tinggal kenangan..huhu..harap2 bos kau cansel terus je lah..yey!

dah..cukup2 lah puji2 si wani ni..ngembang ngencup dia kalau baca blog aku ni...hahahhaha..so aritu dia nak lah gi makan nasi bubur kat sebelah rumah kitorang ni sambil membelanja aku(roomate terbaik dia..perasan!). konon2nya makan buat kali terakhir..sekali postpon asyik mengadap kedai ni je kan..hahaha..apa yang best kat kedai ni:

Nasi bubur Kosong/RM1(untuk 2 org makan)
dulu 1st time aku datang makan nasi bubur kat area kampung baru ni aku pelik betul..bubur 0 camni pon orang leh wat berniaga..now aku yang addicted..dia akan bagi dalam 1 mangkuk besar then kita kena ceduk dalam mangkuk kita sendiri. kecik je magkuk  dia..memang magkuk hayun betul..haha..tapi kalau aku makan adalah tambah 2mangkuk..standard la..makngkuk kecik..~

 Ikan Bilis Goreng Kerabu/ RM4.00
ni adalah lauk wajib kalau makan kat sini. kalau aku makan bubur kat rumah memang ikan bilis goreng je dah cukup dah..tapi sebab makan kat kedai haruslah + sikit bunyi menu dia tu..kerabu..apa yang ada dalam menu ni ialah ikan bilis yang digoreng rangup2, bawang besar, cili padi dan kuah kerabu yang masam manis lagi melazatkan~nyum2

 Kerabu Soon/ RM4.00
ini adalah lauk yang kitorang nak try 1st tme sebab nampak kat 1 meja tu orang tu order n rupanya sangat lah menarik...bestnya order mende ni bagi aku opkos lah sebab aku memang suka apa je lauk yang dihiasi dengan soon.tapi ni watak utamanya ialah soon..so lagi2 lah aku suka! n yang bestnya kedai ni sangat lah tak kedekut dengan melemparkan sotong+udang dan tomato dalam menu ni..i loike2!kecur da air liur aku~

 Kerabu Kerang/ RM4
dasat ok...makan kat sini semuanya menu kerabu...tak tau nak suruh dia masak pe lagi dah kot..haha..kerabu ni bagi aku ok2 je la..tak se best kerabu yang lain sebab kerang dia spoil sikit..tak fresh..or mayb kerang ni tak sesuai dimasak macam ni..bagi aku kerang haruskah dibakar or direbus dan dicecah dengan sambal kicap or sos thai..!

 Tauhu Johan/ RM6
Ini supposedly adalah lauk sayur kami..tapi ada je rencah2 udang n sotong tu..pendek cerita kalau makan kat sini takyah order lauk seafood2..semuanya dia taruk benda ni sebagai rencah...ni kiranya menu sayur campur dia yang special lah sebabnya siap ada nama dia kat tajuk menu ni..lepas tu da letak nama dia bajet letak harga pon bukan main lagi lah..padahal sayur campur bukan harga lagi murah dari lauk2 utama ke??

 ni adalah mangkuk hayun saya..di mana bubur saya wajib disiram dengan kicap manis..bayangkan bubur+kicap+ikan bilis goreng rangup2====peerrgghhh...dah melecur lagi air liur aku...!!

kalau makan kat sini korang kena bersabar sikit sebab selalu je ramai orang. so kena cop meja tu cepat2 kalau nampak kosong. lepas tu kena bersabar sikit dengan kebengapan waiter dia..selalu je selenga2..haha..

lepas tu korang boleh pilih lauk2 ni ada yang memang dah siap dan boleh dipilih kat depan kedai. n ada jugak yang boleh pilih bahan utama pastu cakap nak masak apa.. awal2 nak masuk kedai dah leh terus start pilih lauk. lepastu baru gi duduk kat meja tunggu makanan sampai...walaupon lauk dia ada yang dah siap masak kena gak bersabar sebab dia nak hantar belakang gi decorate lauk korang dengan taburan cili padi n bawang..

p/s: antara lauk yang aku suggest: ayam masak gajus, daging masak kicap, daging masak halia, ikan bilis goreng kerabu...marvelous!!

Sunday, February 13, 2011

help..help!!

Bulan ni aku akan kekeringan sampai lah dapat gaji ujung bulan ni...semuanya adalah gara2 aku telah terbeli sesuatu yang sangat2 takde dalam budget..tak sangka u~tak terjangka~tak terkata ape2 dah...huhu..
aku beli ni lepas dengar ceramah kat jabatan aku pasal kebakaran..kebakaran memang kita tak jangka bila nak berlaku,..n api tu sangat lah cepat marak dan kesan kena api kat kulit kita ni walau pon sekejap tapi hasilnya sangat lah dahsyat..bayangkan kita kena wap air mengelegak pon boleh melecur kulit kita..ni pulak api..

dalam ceramah tu orang tu tunjuk lah video rumah orang terbakar, kejadian kebakaran kalau rumah tinggi2 macam rumah apartment, kesan kulit mangsa kebakaran tu...dahsyat!memang dahsyat,,,ada 1 kejadian tu dia tunjuk situasi 1 ruang tamu tu boleh terbakar dalam masa 48 saat je habis..sangat pantas..sangat sekejap!

lepas tu ada 1 kebakaran berlaku dalam rumah apartment tu..then ada 4 orang dalam rumah tu...rumah dia tingkat 4..dalam keadaan panik tu diorang decide nk terjun dari tingkap..sorang2 terjun..mati..orang tang ke4 nak terjun tapi teragak2,..antara nak terjun or berhadapan dengan api..kalau terjun tengok kawan dia 3-3 mati.kalau tak terjun mati terbakar..lastly dia ambil keputusan terjun..huh..sedih sangat2

lepas ceramah tu orang tu pon jual lah benda ni:

 Fire Extinguisher/RM269
ni yang 1kg punya..ringan sikit..boleh lah buat selamatkan diri kalau jadi pe2..aku nak beli banyak kalau boleh..nk letak kat rumah 1..dekat rumah melaka 2..dekat dalam kereta kalau aku dah ada kereta nanti 1, kat rumah en. IKy 1...kalau lah aku ada duit,,,huhuhu

 ni rupanya...masalah orang malaysia ni sangatlah tak peka dan tak kesah dengan keselamatan masing2..apa kau ingat korang kebal??kalau kat oversea semua ada fire extinguisher kat rumah masing2 n kereta masing...kita?cuba pergi bangunan kerajaan or sekolah2..tong tu ada tapi berkarat,berkelabu..kalau berlaku kebakaran betul2 benda ni tak berfungsi macam mana??sapa nak disalahkan??

aku lupa nak share 1 info pasal fire extinguisher ni..kalau nak tau sama ada ianya boleh guna lagi or tak..kita boleh tengok jarum kat meter dia..jarum di meter tu haruslah berada dalam lingkungan zon hijau..if dia dah kat luar dari kawasan hijau maknanya ianya perlu dihantar untuk diservice!

Mask/ RM169
 ni mask tahan api..kalau sumthing terbakar opkos asap yang tebal sangat banyak hingga boleh mengganggu pemandangan dan asap tu sangat2 toxic..berapa kali kita sedut je dah boleh kita pengsan n boleh sebab kan kita kena kanser n mati..so fungsi mask ni untu mengelakkan kejadian tersebut berlaku n iannya boleh tahan selama 20 minit.cukup lah masa untuk kita menyelamatkan diri dan orang yang tersayang untuk keluar dari kawasan kebakaran..

aku penah jadi mangsa kebakaran..n aku pernah rasa sakitnya terbakar..maybe orang boleh gelak n berlawak bila kita cuba sampaikan sesuatu message ni..tapi selagi tak kena kat batang hidung sendiri kita takkan sedar..
benda ni tak semestinya akan bantu kita 100% bila kejadian berlaku, sebab time ni kita akan lebih kepada panik...tapi at least kita buat langkah pencegahan untuk mengurangkan sesuatu kejadian itu lebih teruk~

p/s: aku paling sakit ati masa jadi cikgu gstt dulu..ada budak2 tergencat ni dok main fire extinguisher ni..tekan2 lepas tu lari..berasap 1 floor..syok betol nampak..kalau boleh aku nak je tembak benda ni masuk dalam mulut diorang..
aku beli ni dapat harga promo:rm369 1 set...warranty 4 tahun..kalau dah guna fire extinguisher tu boleh refill dengan syarat ada  laporan polis..ye lah..nanti kau buat main tembak2 pastu nak refill, sajak muka kau!

Saturday, February 12, 2011

SaNY Char Kuey Teow!!!

Char Kuew Teow!
Lokasi: Titiwangsa, Belakang Istana Budaya, KL
Jenis: Goreng2an Kuew Teow Penang

ooohhh..kejadian ini berlaku pada malam semalam..aku dan wani terasa kebuluran nak makan sesuatu..sekali tengah dok godek2 fb terserampak lah dengan gamba char kuew teow yang sungguh menarik lagi lazat di post oleh kawan sekerja..maunya tak meleleh..time tu gak tanya dia kat mana..malam tu jugak aku n wani menuju zzaaasss ke sana...

kedai ni memang wani selalu gi pon sebab dekat dengan tempat kerja dia..aku je yang jakun..hehe..n disamping itu kami didampingi oleh aney sebab dia lorat2 bising ajak makan setelah keseorangan bestfren dia balik kampung...ooo..kawan ko takde baru nak cari kitorang kn????!!!

pandangan depan kedai ni..aku rasa ni cam bas sani punya owner same kot..malam2 memang meriah kat sini..dekat dengan tasik titiwangsa..lepas makan boleh berlenggang lenggok kat situ..bagi turun makanan yang diisi
 Char Kuey Teow Special /RM 5.50
yang ini aku punya special punyaaaaa,,...bila tanya waiter dia pe beza yang special dengan yang biasa..dia cakap ada telur sebijik dengan semuanya lebih..semua lebih??lebih lah sangat kan..adalah udang lebih 2 ekor,kuey teow lebih 2-3helai,pinggan lebih besar...yang len same je...tapi rasa kuey teow dia memang terbaaaiiikkkkkk!!!!!pekat gila kuah dia..secukup rasa rasa dia...seddddaaappp!!!tak tipu punya~

lihat lah hasilnya...licin ok..liccciiiiinnnnn....kulit udang tu aku hisap2..bayang kn sedap tak sedap???hahahah.,..ke aku yang kebulur time 2 eh???musykil2

 Char Kuey Teow Biasa/ RM4.00
yang ini pula adalah aku punya lagi...setelah licin pinggan yang diatas td..aku pon wat muke gedik2 sambil mengigit hujung sudu buat muka comel kat wani..rasa cam nak order lg 1 boleh tak???wani xbagi..sebab dia da beli satay lagi..n patotnya ialah kami tak patot makan malam!!!ni dah lah da makan malam, g tibai tak hengat punya lak lagi tuu...haha..tapi pedulik lah..ni 2nd plate aku yang biasa..rasa tetap sama..maintain sedap...!!!!hahahahahahha..
eh..pembetulan..aku share dgn aney y 2nd plate ni eh..aku bukan makan sorang2 (ayat bagi nak cover tak makan banyak)..n aku bukan share sepinggan makan 2 orang dgn dia ye..nak kena pelangkung dengan en.Iky??haha..aku awal2 dah tolak sikit kat pinggan aney..tapi kuah+udang lebih kat akunya pinggan...hahahaa

 pon berjaya melicinkan!!!hebat tak selera aku semalam????wahaahahah...

 Satay Daging+Ayam/ 90sen Secucuk
mahal?ye memang mahal..aku pon tercungap dengar harga satay ni.tapi setelah melihat rupanya aku sangatlah berpuas hati..besar gedabak ok satay ni...setebal2nya..tapi tak cukup dengan itu,rasanya sangat lah mantap! rasa original satay tu rempah2 dia meresap kedalam2 isi daging tu.menunjukkan rempah2  untuk memerap yang digunakan tak kedekut dan masa perapan dalam jangka masa yang cukup..ni kalau makan 5 cucuk pon cukup kenyang dah...walaupon harga mahal tapi berbaloi2!

kuah dia pon sangat sedap!!!pekat,padat degan kacang2..xmanis sangat..cukup2 rasa..biasanya kalau aku makan satay selalu je tak jumpa kuah yang sedap..so aku makan satay xcecah kuah..sedap dimakan begitu saja..satay yang ni kalau xcecah kuah pon dia leh stand alone..dah cukup mantap..tapi kalau cecah kuah dia...jadi lah formula..satay+kuah kacang=meletuuuupp!!!!

 nampak ni saiz satay dia..lebih besar dari ibu jari aku..jari ak ni gemok gak..ni baru lebar satay..lom aku tayang ketebalannya..satay ni terbaik sekali...hj samuri..u r out of my list...kaunya satay jauh ketinggalan dibelakang ok!

oh..lupa nak cerita asal usul satay yang mantap ni..nama kedainya: satay station ..lokasi sama je dengan kedai sany di atas..dia kat sebelah sany ni...satay ni kitorang bungkus makan kat rumah pulak lepas tu...

masa on the way pulang aku n wani merayap la jalan2 round tasik naik motor. sekali terserempak dengan sepasang kekasih gay dalam kereta yang sedang bergerak seiring dengan kitorang..nak tau apa yang menggeli kan??yang dok kat seat passenger tu sedang rebah di peha driver dengan mukanya tepat kat area tuuutt driver tu!!!cis!!!b@#$J&^ rupanya!!!!

aku n wani terus terjerit!arrggghhh...gay2 gay2..ape diorang wat tu!!!!kitorang  pon takot2!! hahahaah..sebenarnya excited~bukan senang nak dapat freeshow! takot2...geli2!yuck2..they r so duck!!!