Monday, January 2, 2012

chillis!!!

selamat hari ke dua tahun baru dua ribu dua belas kepada anda2 sekalian~
sekarang ni aku tengah kebuluran selepas berjaya menyiapkan penggosokkan baju sebanyak 13 helai...
rajin kan aku? terima kasih... sebab aku dapat membayangkan betapa gumbiranya aku ke tempat kerja tanpa perlu nak menghadap seterika setiap malam selama 3 minggu dari sekarang~ 

ok..cerita makan lagi best....lagipon perut tengah berkeroncong gila ni...
so mengembirakan hati dengan melayan gambar makanan adalah kerja tak masuk akal...

CHILLIs
Lokasi: KLCC, KL
Jenis: Western

2 minggu lepas, aku n k.nani telah pergi menggila makan lagi di sini.. setalah sekian lama.. lama jugak aku, k.nani n k.fida tak berhangout borak2 sambil mengunyah... n di kesempatan hari tersebut, k.fida tak dapat join pula.. so kami berdua sahaja n kebetulan aku puasa time tu. so order makan tak boleh banyak2...


Brewhoused Glazed Steak/ rm49.95
ni antara menu yang baru kat chilis..n time aku gi ni dia tak masuk official buku menu lagi.... so kalau nak try kena cari menu ni dalam promosi menu... ni 1st time aku order steak kat sini... bukan kat sini je.. kat mana2 restoran kalau order western tak pernah aku hingin nak order steak.. tak tau nape muka aku nak hadap lamb je...
tapi! sekali pekena benda ni...memang tak leh lupa lah...aku siap angau teringat kan kunyahan dagingnya yang hempuk tu bersama2 keledek yang manis dipotong seperti fries dan hirisan bawang yang telah digoreng wangi di atas kuali sizzling...setiap kunyahan tu amat bermakna n dinikmati dengan penuh kekusyukkan....
kalau korang order benda ni jangan lupa cara nak makan tu memang kena ada 3 elemen daging, keledek fries n bawang yang kat bawah daging tu di setiap suapan....baru korang akan angau sampai seminggu ngidam nak makan lagi.... kedudukan bawang bawah daging tu aku rasa punca sedapnya bawang dia...maybe air daging tu jatuh menjadi kan igauan terhadap benda ni makin menggian!

ooooooohhhhh...aku dah angau semula! tiba2 rasa nak pergi lagi tapi poket tak mengizinkan....uhuhuhuhu


triple play/rm??
yang ni aku pernah review dulu..aku letak link sini yer.... yang pastinya perut aku macam nak pecah lepas makan benda2 ni semua... adakah perut aku sudah mengecil??kalau yes, aku sangat guumbira!!!!hahhaha
gedik lah....

ok..sampai ni je aku nak cerita...kejap lagi nak gi tengok cerita ghost protocol.. gila lambat kan? bubai~

p/s: aku nak tukar setting gambar aku jadi xtra large...supaya effect menjejes lagi banyak...malangnya terlalu besar sampai mangganggu side bar...aku nak tukar setting lain pulak nanti...uhuhu

1 comment:

  1. halal x? sebab tgk dalam website dia served beer sekali...

    ReplyDelete