hoi2...
hari ini bersiaran buat kali ke-2... dengan semangatnya nak cerita pasal kejadian 3 minggu lepas....
dimana geng kami yang terdiri dari: kawi, aku, ana n tiqa telah menuju ke selatan tanah air iaitu JB untuk meraikan wedding 1 of member geng doyan (geng masa kat UKM) yang berhampiran di desaru...
almost 4 hari 3 malam kami di sana so kalau aku cerita kompem panjang lebar sampai lenguh2 jari menaip pulak nanti....
so, bagi mengelakkan kejadian di atas berlaku, so aku ringkaskan kepada sesiapa yang berminat nak tau cerita sepanjang pengembaraan kami boleh lah klik kat link berikut:
- OTW ke Johor
- Johor Premium Outlet
- Wedding Kak Dayah
- Universal Studio Singapore
Wah...rajinkan haku?? copy link je dari blog kawi...haha... so aku yang rajin ini hanya kan cerita part makan je... dah memang nature aku camtu lah gamaknya....hahhahaha
ok..sebelum nak cerita pasal ikan bakar, aku tunjuk gambar breakfast yang nyummeh kat rumah perantin:
pagi ahad. 4/12/2011 merupakan hari nikah k.dayah..since kami dah sampai sehari sebelum kejadian, wajiblah pergi ke nikahnya dipagi2 hari.... majlis nikahnya sangat2 menarik... sebab adat orang johor lepas suami lafaz taklik ada lafaz2 amanat dari seorang ayah kepada menantu, ibu kepada nak perempuan, suami kepada isteri dan juga isteri kepada suami...sangat2 touching saat itu...bukan setakat perantin je sebak... kami yang tengok je ni pon bergenang air mata.... so dengan harapan lafaz amanat tersebut akan memberikan kesedaran semula dan peringatan kepada pasangan baru suami isteri dan juga hadirin...
ni moment 2nd yang aku suka...lepas je siap lafaz segala amanat tu... ustaz kadi tu suh perantin laki duduk melutut... aku rasa time tu semua orang blur...apa la ustaz ni nak suh buat lagi...then dia bagi arahan2 berikut:
- letak tangan atas bahu istri
- pegang dagu isteri
- cium dahi isteri
time tu semua dah gelak tak tahan nya...gila sporting ustaz ni.... then dia lak boleh instruct suh mengadap photographer la...cium lama sikit nak masuk dalam gambar la... kalau aku time kahwin dapat ustaz camni kan bagus~ hahahah
ohhh..sory2..aku patut cerita pasal makan tadi, ok lepas majlis nikah kitorang pon terjah makanan kat luar:
lontong Johor!
bajet diet lah kan...aku yang gedik diet konon2 ni gi amik 3 ketul je nasi himpit...memang menyesal... sebab sedap gila n nak tunggu lunch(time majlis bersanding lak) perut dah berjoget dangdut dah....
bila tengok je kuah lodeh n sambal kacang ni terus terasa macam kat rumah sendiri..ooohhh...lazatnya!!macam hari raya pon ada jugak.... nak tambah lagi2 sedap letak pulak serunding kelapa...gabungan mantap 3 lauk ni untuk lontong ni boleh buat kita lupa daratan sekejap....
kenduri orang melayu wajib ada kuih muih kan....yang aku paling suka ialah kuih karipap! aku memang suka karipap especially karipap yang kulitnya rangup macam kat atas ni...kalau karipap pusing aku dah loya2 dah nak telan.... tak tau nape...maybe sebab bila dia pusing2 tepung tu jadi macam pastri dah tak ori kot...haha... karipap pada hari kejadian boleh dikategori kan puuurrrffect unutk standard aku ni sebab tepung nya rangup, kulit tak berpusing, kelim nya pon rangup n tak memerangkap minyak, inti keledek+ kentang perisa kari yang secukup rasa!!!oohhhh..lazaatt....
kole kacang lak tak reti describe sangat tapi kacang hijaunya memang sangat2 padat... masa makan boleh rasa kesat2 kat tekak... tak lembik sangat...sedang2...tak manis sangat n tak pahit sangat...so kesimpulannya nyummeh!
makan lunch tak sempat snap gambar...sebab dah kebulur gila... uhuhu
eh...tak cerita lagi pasal ikan bakar rupanya....hahah...bongeks je aku arini... then baru nak start buka cerita pasal makan ikan bakar!
IKAN BAKAR TIP TOP
Lokasi: Medan Perantau, Danga Bay
Jenis: Ikan Bakar, Seafood
untuk ikan bakar, ana a.k.a dobot yang diberi kepercayaan untuk order..sebabnya dia yang pernah makan kat sini n dia jugak lah yang suggest makan kat sini... so iakn yang menjadi mangsa kami pada hari kejadian ialah ikan sebelah dan ikan pari....
pencicah dia ialah sambal ada letak limau kasturi perah sendiri n bawang potong... bagi aku penciciah ni tak cukup kick... patutnya dia bagi pencicah air asam or kicap bawang potong+cili padi potong tu...baru la terangkat!
ikan pari bakar
rupa memang tak semenggah..susah aku nak cari angle yang menarik..dia memang takde sisi cun... tapi rasa dia memang cun walau diangle mana pon kau rasa...haha... apa yang menarik ikan bakar kat tip top ni di bakar dengan sambal dia yang tersendiri... bila kitorang kunyah2 tu aku rasa sambal atas ikan dia tu diperbuat dari cencaluk... patot pon sedap! kalau dah makan dengan sambal atas ikan tu tak payah pencicah tak kick tu pon tak pe....
ikan sebelah
1st time aku makan ikan sebelah buat iakn bakar...dulu pernah tengok kat rumah makcik aku masak tapi tak ingat lak time tu aku makan ke tak... rupanya sangatlah sedaaaappp....isi dia putih, gebus...ala2 isi ikan kerapu tapi takde tulang...last2 semua memang dok attack ikan ni je...
kerang rebus/rm8
kerang rebus ni bukan dari kedai tip top tu...kan dia style medan..so ada deret2 kedai lain yang banyak...so kitorang order kerang rebus pinggan paling kecik...aku nak mintak separuh dari pinggan rm8 tu tapi tak boleh...hampes je... iye2 je aku order last2 yang makannya aku dengan k.meng je....
cakoi/rm10
cakoi ni si ana yang order....mula2 aku macam what the hell lah si ana ni nak makan cakoi dengan ikan bakar..tak masuk hokey!! dah lah cakoi kau mahal nak mati....sekali samapi semua macam wahh... napa nampak macam rangup je? sekali makan...ooouuuhhh rangup nya!!! garing! panas2 sangat lazat...tak macam cakoi kat pasar malam langsung~...bila kena sos macam rojak petis+kacang tu lagiiiiiiiii lah nikmat tak terkata....gilamat punya sedaaaappp! kejap je dah licin kitorang tibai~ ni memang recommended! sila order kalau gi sini!
ni rupa ana n k.meng tengah menikmati cakoi yang sungguh lazaaaatttt!
cikong/rm4 kot
ok...ni air yang aku order...cikong....masa aku order kawi tanya apa tu....inilah laicikang kalau kat johor dia pendek je jadinya ..cikong....aku amik yang panas..ala2 nak jaga suara gituuuuu~ ahahhaha