Sunday, August 28, 2011

THat LitTLe Gerai...

salam ramadhan...
hari ni merupakan hari ke 28 umat islam berpuasa dan juga merupakan peluang terakhir untuk menunaikan solat terawikh pada tahun ini...
hebat tak mukadimah?
hihi..sebenarnya aku dah tersangat bosan sebabnya housemate ku telah pulang ke rumah masing2+en.Iky juga...
tinggallah aku keseorangan baru nak balik esok...
sebabnya aku gatal tak gi minta cuti untuk esok...kenapa aku tak minta cuti pon aku sendiri tak de jawapan tu...
aku ni memang gatal buat perangai2 gatal macam ni...dah last2 minute baru aku rasa menyesal n dok persoal apsal aku gatal sangat tak minta cuti isnin eh???
disebabkan kebosanan aku sepanjang hari ni..aku telah menggosok baju skurung untuk kerja sebanyak 12 helai (tak pernah dibuat seumur hidup aku! selalunya nak keje esok malam tu baru gosok...kalau masa zaman belajar sampai dok kg baru bagun pagi nak gi keje, lepas mandi baru dok gosok baju!), sapu 1 rumah, kemas2 dapur..macam nak beraya kat kl je gayanya..uhuhuhu

ok2...sebenarnya nak cerita pasal last week aku n kawiyah ada pergi explore sebuah kedai makan di keramat...sanggup meredah dengan tak tau jalan, pakai hentam lepas tengok google map, sesat jalan lebih 3x tapi teruskan jugak..gigih tak??
semuanya gara2 dah dok mengusha blog2 mereka yang gila2 makan jugak dah try n asyik dok memuji kesedapan western kat kedai ni...so hasilnya sila scrolling rolling ye:

THAT LITTLE GERAI
LOKASI:  Jalan AU5D/1 Lembah Keramat, KL

Jenis: Western






 the menu bagi pihak makanan

the menu bagi pihak minuman
menu2 nya kebanyakkannya adalah terdiri daripada western style..harga dalam rm10-25. bagi air pulak harganya agak mahal jugak..kalau air buah rm5..yang menariknya menu air dia kat dalam frame ikea ni...n pilihan air dia tak banyak sangat..


ni pulak iklan puding diraja...untuk sesiapa yang berminat nak order boleh klik kat gambar ada contact disitu..
untuk cerita selanjutnya tentang pudung raja boleh scroll dibawah


 Puding DiRaja/ rm6.50
menu ni sesuai untuk dessert sepatutnya tapi waiter dia(kitorang agak tu abang/adik acha septriasa) telah serve awal2 lagi...kiranya dah jadi appetizer... kenapa nama dia puding diraja? mengikut dari kata2 tokey kedai ni dan juga research dari k.noji puding ni memang santapan istana dari pekan, pahang...kiranya orang pekan kompem pames dengan puding ni.... hanya insan2 terpilih je dapat jugak merasa puding ni ye..bangga tak?haha..
apa yang menarik isi puding ni ialah: pisang yang disalai (pisangnya hendaklah pisang emas), buah prune (ni tak tau lah memang dari original recipe or dah di alter), jala emas (menu orang kelantan), mix fruit (pilihan hati nak buah apa), n dicurah kuah caramel yang manis2 buah n lemak berkrim susu cair...hasilnya nyummy2!!!lazatttt gila!


 ni pakai camera baru, so sangatlah teruja amik gamba dari pelbagai sudut kejap letak flash, kejap tak...sampai tak tau nak pilih letak gamba yang mana...so aku upload mana2 gamba yang nampak macam boleh membuka selera orang melihatnya..hihi...
aku suka gila puding ni...kan bakal nak berkluarga dengan orang pahang jugak...harapnya dapat lah merasa lagi puding ni..yang original dari pekan punya! hihi...


 jus soursop/ rm5.00
jus durian belanda ni aku sangatlah excited nak mengordernya sebabnya dia cakap buat pakai buah...tapi aku rasa air dia macam rasa kordial je...isi dia memang ada buah..tp jus tu tak tulen dari buah yang diblend...aku pernah jumpa jus durian belanda yang pure punya kat melaka je...ooohhh...i miss melaka~~~


 beef lasagna/ rm15
lasagna ni memang sedap! kalau amik memang tak menyesal...boleh makan sharing2 2-3 orang..tak lah besar sangat n tak lah kecil sangat...layer by layer akan jumpa daging, tomato, bawang, cheese dan juga terung... itu yang lain dari lasagna kat tempat lain..rasanya sepanjang aku order lasagna tak pernah lagi jumpa ada terung...n nak jumpa beef pon susah..selalunya aku jumpa mesti tuna/seafood n ayam...



 lamb chop with black pepper gravy/ rm20
ni opkos makanan aku yang punya...sebut lamb aje tau lah aku yang orderkan...ni pon aku upload sekali 3 gamba...susah nak buat pilihan bila pakai camera betul ni..before ni pakai camera handphone je tak susah aku nak delete gamba mana yang tak berkenan..hehe
ok2...cerita pasal lamb ni pulak, aku punya lamb ni rupa memang dah cukup bergaya dah...rasa dia pon ok lah...tapi below my expectation...bukan nya tak sedap...sedap tapi tak sangat sedap..sebab aku baca review orang lain yang gila2 macam sedap nak mati.....so aku agak kecewa malam tu....gravy black pepper dia biasa sangat...rasa macam boleh dapat kat mana2..maybe malam tumemang ada something yang chef lupa masukkan kot...so kurang kick... tapi presentation n kuantiti memang dah cukup cun lah...
salad dia menarik, mash potato dia memang sedap...mash potato dia memang aku boleh puji...sedap n lain dari mash potato biasa jumpa...pernah makan mash potato kat popeye??ha..macam tu lah texture nya...



chicken grilled with black pepper gravy/ rm12
ni pinggan kawiyah yang punya... yang ni pon sedap jugak..tapi aku tak dapat nak menikmati sangat ayam dia sebab dah terkecewa dengan lamb aku tu... perempuan ni gila kentang..so dah ada fries pon still mau amik mash potato jugak... tak reti2 nak buat pilihan...
aku tak de nak comment pasal menu ni lah..sebab aku tak bersungguh rasa ayam ni...so sangat2 sorry...hihi

bagi yang berminat nak pergi kedai ni sila lah usha2 kat facebook dia: http://www.facebook.com/pages/That-Little-Gerai-in-AU5/147719885258454?sk=wall

sila pasang GPS kalau dah rasa2 tak teror jalan area keramat...haha


Q-bistrO....

salam ramadhan....
uit2...siapa semalam tengok cerekarama tv3?? cerita typical nak dekat raye sesama jiran yang tak boleh nak kalah... nak raye je sebok nak tukar beli tv baru la,kereta baru, peti ais  etc2...dasat bebetol la orang melayu ni kalau realitinya macam tu.. menakutkan!

ok2...sebenarnya bukan tu yang aku nak cerita..aku nak cerita pasal jalaluddin hassan for the very 1st time dia berlakon jadi seorang lelaki lembut!!!! iye! lembut kau!! selama ni aku selalu tengok dia berlakon jadi lelaki tua koprat, kaye2, pakai segak2..tak pon laki tua berharta yang gatal2, fatherly, dan segala macho2 la...
 tapi...malam tadi punya ceita dia jadi lelaki auww2... sangat lawak tengok dia je...haha...so conclusion nya cerita semalam aku tengok sebab nak tengok scene jalaluddin hassan jadi lembut sahaja.

seterusnya nak cerita pasal pengalaman aku gi bersahur disebuah bistro yang mengerikan:

Q-BISTRO Nasi Kandar
Lokasi: Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Jenis: Cafe, Bistro, Mamak eksklusif


 Kopi Cham/ rm??
ni ialah air pilihan aku memandangkan pada hari kejadian hujan turun dengan lebatnya...demi mengurangkan sedikit kesejukan aku pon order benda yang panas..dan memandangkan air ni bunyi nya pelik masa aku mengkaji menu tu..terus aku order...rupa2nya kopi cham ialah gabungan 2 air iaitu kopi+teh...menarik2..rasanya pon menarik..kadang2 rasa kopi kadang2 rasa teh..so, kepada yang kompius nak buat pilihan air apa nak telan. boleh lah order ni...kompem tak pening punya..jangan risau...tapi yang ni teh dia rasa lebih kuat dari kopi.. harga dia aku pon tak ingat..rasanya dalam rm3-5..nama dia yang sebenar pon aku lupa...yang pasti ada perkataan cham tu

 mee goreng mamak/ rm5
ni pon orderan milik aku..bagi mee goreng mamak yang pernah aku try kat kl, ni antara yang sedap! pedas, masin, masam, kicap, kering semua dah cukup rasa...well done lah kata suara hati aku masa dapat benda ni..tapi!! yang tak cukupnya satu je...kuantitinya...sikit bebenor untuk harga 5 hengget tu.. benda sedap kalau kuantitinya sikit lagi lah rasa sedap gila.. appreciate setiap suapan tu...n lagi 1 yang aku suka kat mee goreng mamak ni sebab dia ada togey..selalunya kalau order mee goreng kat kl ni susah betul nak jumpa togey..nape ntah..bagi aku togey itu keperluan dalam mee goreng!

nan-- hambiri-----/ rm6++
ni lagi 1 menu yang lagi aku tak ingat nama nya..yang pasti ianya dari pada roti nan n nama dia ada bunyi2 macam hambiri...ni menu pilihan kawiyah..dia order pon sebab nama dia dalam menu tu cam pelik2 so terus nak try...tapi..before try opkos lah tanya kat waiter dia apakebendenya benda ni? waiter kat mamak opkos lah susah nak explain dalam bm. dia cakap "nan dalam ada er..er..sayur! sedap!"

terus terbayang kan ala2 nan cheese kema kot..sekali sampai...hangguk dia lah punya sayur...ni nama dia buah! jangan tertipu dengan gambar ye kawan2..nampak macam cun kan..cam piza kan??? sebenarnya tu mix fruit..kaler merah n hijau..
rasanya tak lah tak sedap..tapi sebagai orang melayu yang tak lari dari keperluan rasa pedas/rempah2 rasa terkilan bila makan nan+mix fruit yang manis ni..tak expect u...haha..tapi benda ni memang tak tipu sedap jugak..roti nan dia lembut n hujung2 nya ranggup..tapi tak sesuai makan sorang2 kot..kena share2 ramai2 masa lepak2 jadi side dish..


NOTA TAMBAHAN:

...gila ah..semuanya aku tak ingat..nama menu, harga, lupa nak amik gamba banyak2 n buku menu lagi...pelik2... pergi kedai ni macam selintas lalu dalam mimpi je...dasat betol..
semuanya gara2 suasana kedai ni...suasana dia sangat lah pack..padat dengan manusia2 yang majoritinya adalah lelaki...n lelaki2nya adalah sangat lah ada rupa dan gaya....TAPI..tu je tak cukup untuk mengumbirakan hati ini..sebabnya kebanyakkan lelaki2 ini seperti gayanya dah songsang...betul aku cakap kau!!! aku rasa macam dalam lautan gay bila masuk dalam kedai ni.. kalau kau perempuan kompem selamat masuk dalam kedai ni...tak de orang heran...TAPI bila lelaki masuk je kedai ni mata2 gay2 ni meyorot je mata diorang follow..dasat!!!memang dasat!!! menakutkan??

lagi aku takut bila tengok ada lelaki  yang dok usap2 belakang lelaki lain, ada lelaki lembut yang pakai hot pant n singlet jalan dengan sengajanya tergedik2 kat bontot dia 2-3 round kat dalam kedai ni, n ada lelaki2 body muscular ni aku tengok ..oh...ni cam tulen je...sekali dok cakap dengan kawan dia kat meja sebelah dengan tangan terlambai2 auww2 n gaya nok...what the heck!!!haiyo2... tak tergambar ada banyak lagi kejadian yang scary the mary....
kepada yang mahukan experiance..boleh la try2 dok lepak sini.. time aku pergi ni jumaat malam dalam kol 12++..time lain aku tak tau akan ada peluang macam ni tak...
tapi sayang gila sebab kedai ni makanan dia memang best...banyak lagi aku nak kena try...tapi aku kena cari masa yang lelaki2 spesies in tak berkeliaran...huhuhu



Sunday, August 21, 2011

Masak2 bUka episod 2!

salam...
hari ni nak tunjuk2 hasil tangan bakal2 menantu 1 in a million untuk juadah berbuka puasa lagi.
gamba je lah..malas nak update cerita 1-1...bulan puasa kan tak baik cerita pasal makan banyak2...
hehehe....
sila2 scrolling2~

 nasi goreng kampung sub-urban
mula2 plan asal nak buat nasi goreng kampung, sekali ada sayur2an bandar lak..so tukar la jadi nasi goreng separa kampung n separa bandar ni...ni menu dah takde idea time tu

 ayam goreng marinate 
ni style ala2 nasi ayam punya ayam...kitorang ssemua menggemarinya....cuma kemalasan nak marinate n basuh kuali lepas menggoreng je menjadi batu penghalang menu ini dijadikan santapan selalu

 sambal sardin
ni pon menu dah takde idea...nasib baik beli jugak sardin 1 tin...buat lauk time buka memang laju je seleranya terbuka...potong bawang banyak2...uishhh....terliur!

 sayur kobis masak lemak
time ni terasa memang sayur2 camni sesuai je dengan sambal2 or ikan goreng...tu yang masak sayur ni dengan sambal sardin...

 ni menu hari keberapa entah...tak amik gamba lauk dia 1-1..dah kebuluran..terlupa...dah ceduk dalam pinggan baru ingat: asam pedas ikan kembung letak bendi n tomato, ikan goreng garing2, kacang panjang goreng dengan telur....nyummy2...ni 1st time hentam je masak asam pedas..texture, rupa, bau semua dah ada...sekali rasa ouuuhhh,,,,masih banyak yang perlu diperbaiki...cili dia tak garing lagi, masam n masi pon kureenngg...so kesimpulannya, masak asam pedas time tak puasa...baru boleh rasa apa yang kurang...

menu hari keesokkanya: kari ayam, sayur kailan ikan masin n cendawan goreng tepung

 cendawan goreng tepung ni masak dah azan..kelam kabut gila time ni sebab 1st time gak masak kari ayam...masak goreng cendawan happy je goreng banyak2...bila makan kenyang gila...tak larat nak sumbat dalam mulut..n sebab dia oily sikit..so muak sikit

 kailan iakn masin ni bajet gila nak letak ikan masinnya..takut termasin sangat...sekali ikan masin tu tak de la masin sangat pon...sedang2 je..siap boleh ratah lagi...ikan masin beli kat tesco pakai cekup je...rupa2 nya ikan masin talang...mahal lak tu...pasni masak ikan masin dengan masi kosong je lah...jimat sikit

 kari ayam ni lak terlebih pekat..bukan takat terlebih..memang pekat gila2...sebabnya kami semua tak biasa masak guna santan kotak...kat kl ni tak jumpa lagi kelapa parut...pekat2 tapi berasa...so hokey la..telan kan aje....

 masak lemak udang...sila abaikan hitam2 dalam kuah tu...ni konon2nya ikut buku resepi kena tumis..sekali terhangus lah bahan tumisan

 masak lemak udang letak sayur kacang...setelah beberapa hari lauk berkuah kami pekat2 belaka...kali ni terlebih cair pulak..kononnya masak lemak, dah rupa macam masak pindang lak..huhu...jangan banyak komen  telan kan haje...

sandwich sardin
sandwich makanan sampingan kononya sebab sardin masak hari tu ada lebih, so panas kan then letak mayonis..sekali dah siap semua orang tak sentuh...aku sorang je sentuh dia..sebabnya semua attack tomyam ala2 steambot je hari  itu

 telur dadat (nama baru bagi telur yang sarat dan padat dengan bahan: kacang panjang, bawang, tomato dan cili dipotong dadu...) sentiasa menjadi rebutan kami di kala azan maghrib berkumandang

 tomyam ayam bersama sayur2an dan cendawan inoki yang bersepah diatas periuk multi cooker feeling2 steambot gitu..so rebut2 makan panas2 time musim hujan sekarang ni..nyummy2...ni resepi tomyam yang wani ajar aku dulu

ni dalam pinggan aku...sikit je letak..sebabnya tinggal seminggu je lagi nak final biggest loser! so aku kena turun kan lagi berat badan aku ni...go go go!!aja2 fighting!! (nanti mesti ada komen yang tak memberangsang kan dari kakwa tu..i noe u!!!)

tambahan dari aku yang semakin ayu:

jahitan manik aku dah siap kauuuuu!!!!!percaya tak??aku pon tak caya!!!aku dah semakin menuju ke arah wanita sejati!!wooowwwiiii...banggan kejap~ hik hik hik
sila jangan muntah...hahahhahhahahahhah

Wednesday, August 10, 2011

Masak2 bUka!

wah...jangan terkejut ye semua2...
semenjak akhir2 ni aku n kawiyah telah menjadi perempuan2 ayu....
memasak untuk buka you allll~

balik kerja pon sanggup masak sebabnya dah bosan dengan makanan bazaar...
so kali ni punya entry nak eksen2 hasil masakan beberapa hari lepas...
tapi tak semua nya berjaya diambil gambarnya...
sebabnya kalau dah tahap kegelojohan aku melampau time buka memang kompem tak ingat nak ambil gambar.....

so apa yang ada je lah...resepi pon cincai boncai namanya..
janji rupa n rasa ada....sila2....:

puding roti
ni masak malam2 hari...pukul 11 baru start mengodeh...sebabnya dah berapa hari tengok roti tu tak berusik... dah nak expired lak tu....rasa macam membazir je kalau tak digunakan sebaiknya....so terhasil lah puding ni... oven tak de so kitorang kukus... dekat 2jam gak la mengukus benda ni...

 ni bila dah potong...kismis takde so ganti dengan buah kurma yang jenis macam kurma cina tu...manis kurma tu meresap sebati dalam puding dan menjadikan puding ni manis2 buah...so sangat sohat dessert kami~

 nasi ayam
 ni set menu masa kehadiran tetamu bakal adik ipar aku datang rumah... menu ni pon masak sebab en.iky sepanjang minggu tu dok menyebut nak makan nasi ayam...makanya, kami menunaikan hasrat dia...dia yang sponsor bahan basah...so bagus2..sila buat lagi....

 ni rupa nasi nya...nasinya kawiyah yang masak...sebab aku pernah masak hari before tu nasi lembik...macam nak jadi bubur dah..so aku tobat tak mau masak nasi dah...tugas ni diserahkan kepada kawiyah selepas kejadian itu...

 ayam nya pula diperap dengan bahan2 rahsia(ceh rahsia lah sangat), then digoreng dengan marvelousnya....i loike2...ngidam nak ratah lagi... ayam ni digoreng dalam gelap...time nak goreng ni lah lampu dapur terkelip2 terbakar....so mengoreng berpandukan lampu handphone je....ni lah hasilnya....hahahha

 sayur2an yang sangat banyak sampai tak habis berapa hari punya ulang dah ni.....

 air tembikai laici...ni en.iky punya angkara....beli tembikai besar gedabak punya saiz....lepas tu tak habis lagi tembikai dia beli sampai hari ni stay dalam peti ais rumah aku....

 ais krim buatan sendiri...ni beriya2 en.iky beli  acuan dia kat daiso....lepas tu nak buat ais krim perisa tembikai lah, laici la, asal lalu kat bahagian kordial masa kat tesco je dia dapat idea ais krim buatan dia....last2 beli air gas ala2 mountain dew tu...tapi tak ingat nama air dia

 nasi berlauk hari ke esokkannya still dengan air tembikai lagi

 telur dadar yang sarat dengan inti:bawang, daun sup, tomato tapi telurnya 2 biji je....aku rasa telur dia memang just untuk lekatkan bahan je...salah bajet ratio ni...

 as usual pembuka selera orang2 jawa: sambal lonteh..
berasap telinga makan....

 ayam goreng tak haci.... 
drummet ayamas...hahha

 karipap sardin
percaya tak??sila percaya!!hahaha...aku goreng yang frozen...beli kat pasar malam cheras....sangat syiok! murah dan sedap!!! berbaloi2...


 sup ayam...
belen (maksudnya balance ye kepada yang lembab tak paham tu) sup nasi ayam semalamnya...alter sikit dengan penambahan kentang dah perasa yang meyakinkan...

lauk hari ini: ayam masak lemak cili padi+ sayur kobiscarrot! nyummy2!

ayam masak lemak cili padi hasil minta resepi dari k.noji....tak sangkanya aku senang gila nak masak benda ni....so orang2 negori....jangan jeles...sila tabik kat kami...hahhaha

 sayur kobis+carrot goreng tanpa haiwan...herbivor sungguh rasanya tengok sayur kawiyah ni....

haha....teror tak??? ada yang nak jadikan kami suri rumah tangga???
sila ambil nombor untuk pengisian borang...kawiyah still available....wawhahwahwhahwhahwhaha




akTiviTi di Bulan RaMAdHan~

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!
jawab2..jangan tak jawab!
semenjak masuknya bulan al-muabarak ini jamari2 tak berapa nak runcing aku ni sangatlah berlemah longlai untuk menaip kisah2 metekedarah... tapi! sesuatu keajaiban telah berlaku!
semalam aku dok godek2 sekali ternampak ada orang komen kat entry aku tanya napa dah lama tak update!
wah!! bangganya aku!!!! for the 1st time aku menjadi blogger ada orang tanya kabar entry aku!! wah!!
terharu i! thanx kepada si yang bernama empat digit... hahahhahahaha..gedik betol!

ok2...sila kembali kepada jalan yang benar!
aku sebenarnya sangat lah banyak aktiviti dalam planner aku yang hendak ditunaikan..
semuanya nak buat dalam 1 masa...tu yang tak sempat je rasa masa dalam 1 hari.....uhuhuhu:
antara plan aku setiap hari ialah:

  1. check facebook (wajib2...cuci2 mata)
  2. baca update blog2 yang aku follow (wajib2...membaca amalan mulia!)
  3. habiskan novel ni......
 ni novel k.noji....akibat kelembapan n kemalasan aku yang ketara maka beliau tlah bagi aku baca yang mini novel je...tu pon lembap hokey! aku memang pemalas..aku baca masa tunggu n dalam tren je...so 2 helai pages je aku mampu habiskan sekali buka novel ni...tapi!!!hari ni aku dah hooked! best! aku abiskan 1 mini novel tu masa lunch hour tadi...ada 3 cerita lagi nak dilunaskan! usaha!

      4. jahit manik kat baju raya aku
ooouuuuuuuuhhhhhhhhhhhhh...keluhan yang panjannnnnnngggggggg......entah bila lah nak siap..baru siap 1 line...aku nak bagi jadi 3 line!!!baru pangkat at least sarjan.... ye..kepada yang nak gelak kan rupa tren manik2 aku tu..silakan...aku redha~....ni 1st time aku gedik2 nak jahit manik, so memang huduh..bengkang bengkok reel tren aku tu....memang memerlukan ketelitian dan kesungguhan...

angan2 aku nak wat design macam ni..tapi memang berangan je la...entah jadi apa akhirnya hasil jahitan manik2 aku ye..sila nantikan...(ni aku curi2 amik gamba kat kedai @jalan tar)

     5. memasak setiap hari untuk buka!!
oh...ini memang aku berjaya lakukan....walaupon tak setiap hari...tapi almost every day sejak sabtu lepas...so bagi makcik2 yang cari calon menantu sila isi borang ye....(bakal nak kena hempuk dengan en.Iky?)
nanti aku update masakan2 aku dalam entry seterusnya ye...

    6. nak semayang terawih semampunya...
ni selalunya aku sangat rajin masa mula2...then bila dah start sekali tinggal..kompem suusah nak start balik... especially lepas period...susah2...azam2!

    7.  nak hafal surah2 pendek..
ni dalam proses...alhamdulillah sekarang ni ada mentor yang sanggup untuk medengar hafalan aku kat tempat kerja...harap2nya terbuka lah minda aku ni supaya senang sikit nak lekat dalam hati n hotak!

    8.  nak practice game street fighter...
ni aktiviti baru start semalam....gila betol, budak2 kat tempat keje semua gila  main game ni...so aku pon dah install dalam laptop aku...sekarang dah gila main ni lak...aiyooo....masalah2...

    9.  nak update blog!
susah2...memang susah...angan2 ada..niat ada....tapi tak termampu! nanti ye! 

tengok berapa banyak list angan2 aku....kadang2 rasa cepat je masa berlalu..tau2 je dah pukul 11..dah kena get ready nak tidur...kadang2 rasa nak amik cuti 2hari nak buat semua ni....haruskah?