salam ramadhan...
hari ni merupakan hari ke 28 umat islam berpuasa dan juga merupakan peluang terakhir untuk menunaikan solat terawikh pada tahun ini...
hebat tak mukadimah?
hihi..sebenarnya aku dah tersangat bosan sebabnya housemate ku telah pulang ke rumah masing2+en.Iky juga...
tinggallah aku keseorangan baru nak balik esok...
sebabnya aku gatal tak gi minta cuti untuk esok...kenapa aku tak minta cuti pon aku sendiri tak de jawapan tu...
aku ni memang gatal buat perangai2 gatal macam ni...dah last2 minute baru aku rasa menyesal n dok persoal apsal aku gatal sangat tak minta cuti isnin eh???
disebabkan kebosanan aku sepanjang hari ni..aku telah menggosok baju skurung untuk kerja sebanyak 12 helai (tak pernah dibuat seumur hidup aku! selalunya nak keje esok malam tu baru gosok...kalau masa zaman belajar sampai dok kg baru bagun pagi nak gi keje, lepas mandi baru dok gosok baju!), sapu 1 rumah, kemas2 dapur..macam nak beraya kat kl je gayanya..uhuhuhu
ok2...sebenarnya nak cerita pasal last week aku n kawiyah ada pergi explore sebuah kedai makan di keramat...sanggup meredah dengan tak tau jalan, pakai hentam lepas tengok google map, sesat jalan lebih 3x tapi teruskan jugak..gigih tak??
semuanya gara2 dah dok mengusha blog2 mereka yang gila2 makan jugak dah try n asyik dok memuji kesedapan western kat kedai ni...so hasilnya sila scrolling rolling ye:
THAT LITTLE GERAI
LOKASI: Jalan AU5D/1 Lembah Keramat, KL
Jenis: Western
the menu bagi pihak makanan
the menu bagi pihak minuman
menu2 nya kebanyakkannya adalah terdiri daripada western style..harga dalam rm10-25. bagi air pulak harganya agak mahal jugak..kalau air buah rm5..yang menariknya menu air dia kat dalam frame ikea ni...n pilihan air dia tak banyak sangat..
ni pulak iklan puding diraja...untuk sesiapa yang berminat nak order boleh klik kat gambar ada contact disitu..
untuk cerita selanjutnya tentang pudung raja boleh scroll dibawah
Puding DiRaja/ rm6.50
menu ni sesuai untuk dessert sepatutnya tapi waiter dia(kitorang agak tu abang/adik acha septriasa) telah serve awal2 lagi...kiranya dah jadi appetizer... kenapa nama dia puding diraja? mengikut dari kata2 tokey kedai ni dan juga research dari k.noji puding ni memang santapan istana dari pekan, pahang...kiranya orang pekan kompem pames dengan puding ni.... hanya insan2 terpilih je dapat jugak merasa puding ni ye..bangga tak?haha..
apa yang menarik isi puding ni ialah: pisang yang disalai (pisangnya hendaklah pisang emas), buah prune (ni tak tau lah memang dari original recipe or dah di alter), jala emas (menu orang kelantan), mix fruit (pilihan hati nak buah apa), n dicurah kuah caramel yang manis2 buah n lemak berkrim susu cair...hasilnya nyummy2!!!lazatttt gila!
ni pakai camera baru, so sangatlah teruja amik gamba dari pelbagai sudut kejap letak flash, kejap tak...sampai tak tau nak pilih letak gamba yang mana...so aku upload mana2 gamba yang nampak macam boleh membuka selera orang melihatnya..hihi...
aku suka gila puding ni...kan bakal nak berkluarga dengan orang pahang jugak...harapnya dapat lah merasa lagi puding ni..yang original dari pekan punya! hihi...
jus soursop/ rm5.00
jus durian belanda ni aku sangatlah excited nak mengordernya sebabnya dia cakap buat pakai buah...tapi aku rasa air dia macam rasa kordial je...isi dia memang ada buah..tp jus tu tak tulen dari buah yang diblend...aku pernah jumpa jus durian belanda yang pure punya kat melaka je...ooohhh...i miss melaka~~~
beef lasagna/ rm15
lasagna ni memang sedap! kalau amik memang tak menyesal...boleh makan sharing2 2-3 orang..tak lah besar sangat n tak lah kecil sangat...layer by layer akan jumpa daging, tomato, bawang, cheese dan juga terung... itu yang lain dari lasagna kat tempat lain..rasanya sepanjang aku order lasagna tak pernah lagi jumpa ada terung...n nak jumpa beef pon susah..selalunya aku jumpa mesti tuna/seafood n ayam...
lamb chop with black pepper gravy/ rm20
ni opkos makanan aku yang punya...sebut lamb aje tau lah aku yang orderkan...ni pon aku upload sekali 3 gamba...susah nak buat pilihan bila pakai camera betul ni..before ni pakai camera handphone je tak susah aku nak delete gamba mana yang tak berkenan..hehe
ok2...cerita pasal lamb ni pulak, aku punya lamb ni rupa memang dah cukup bergaya dah...rasa dia pon ok lah...tapi below my expectation...bukan nya tak sedap...sedap tapi tak sangat sedap..sebab aku baca review orang lain yang gila2 macam sedap nak mati.....so aku agak kecewa malam tu....gravy black pepper dia biasa sangat...rasa macam boleh dapat kat mana2..maybe malam tumemang ada something yang chef lupa masukkan kot...so kurang kick... tapi presentation n kuantiti memang dah cukup cun lah...
salad dia menarik, mash potato dia memang sedap...mash potato dia memang aku boleh puji...sedap n lain dari mash potato biasa jumpa...pernah makan mash potato kat popeye??ha..macam tu lah texture nya...
chicken grilled with black pepper gravy/ rm12
ni pinggan kawiyah yang punya... yang ni pon sedap jugak..tapi aku tak dapat nak menikmati sangat ayam dia sebab dah terkecewa dengan lamb aku tu... perempuan ni gila kentang..so dah ada fries pon still mau amik mash potato jugak... tak reti2 nak buat pilihan...
aku tak de nak comment pasal menu ni lah..sebab aku tak bersungguh rasa ayam ni...so sangat2 sorry...hihi
bagi yang berminat nak pergi kedai ni sila lah usha2 kat facebook dia: http://www.facebook.com/pages/That-Little-Gerai-in-AU5/147719885258454?sk=wall
sila pasang GPS kalau dah rasa2 tak teror jalan area keramat...haha
No comments:
Post a Comment