Thursday, January 20, 2011

CHILI's!!!

CHILI's
Lokasi: KLCC
Jenis: ALa2 Mexico, Spanyol/ Western

Semalam ialah hari melepak2 dan menghabiskan duit terhadap makanan. Walaupon duit sudah kekempisan tapi teringat gaji bakal masuk next week. Terus on kan saja niat nak melantak selepas di suggest oleh kfida. Jam tunjuk 5.30 pm je kami (kfida, knani and aku) geng KKM (Kementerian Kuat Makan) bersedia menuju ke arah KLCC demi menunaikan permintaan lidah dan perut masing2.

Chilis lah arah tuju kami untuk diner. Restaurant ni tersangat lah ramai dan kalau nak dating2 sebaiknya buat reservation dulu kalau tak kena lah melopong dulu kat luar kedai tunggu dia sebut nama anda. Tapi kalau dah reserve dia panggil and group korang tak cukup korum jangan berangan la nak masuk. Menangis dulu pekik kat luar tu. Pon belum tentu dia layan. Haha.. Ok jom tengok benda apa yang lalu tekak aku semalam:

 Kitab Ajaib: Menu2 an

 hebat tak setelah 10 minit tunggu kat luar dapat lah table tepi tingkap. Marvelous u~ dapat tengok air pancut..(gila jakun)

 Bottomless drink: Ice lemon T, Fruit Juice/ RM 8.95, Ice Plain Water
apa yang best air kat sini ialah boleh lah tonggang air banyak mana yang kau mampu. sebabnya air dia free topup. tapi topup dgn jenis2 air yang diorder masa mula2 tu. contohnya macam ice lemon T tu free topup with sume air soft drink, fruit juice topup segala jenis jus2 yang ko nk, plain water tu aku tak sure. dan semestinya plain water untuk aku. sebab aku nk menggila makan. bukan menggila air..haha

 Perkakas2 berperang

 Starter: Triple Play/ RM25.95
Nama pon triple kan so terdiri daripada 3 jenis starter yang hot2 stuf gitu. iaitu: C ialah yang rupa cam goreng pisang belah kanan tu. Nampak je cam hekeleh2 tapi rasa dia very the best. luar dia di balut dengan tepung yang kruk2 rangup and ayam dia memang super tender. dihidang panas2~  , Wing Over Buffalo ialah yang belah atas tu. chicken wing yang di perap dengan ape tak tau la. tapi merah2 cam ayam madu tp rasa tak sama. rasa dia biasa2 je. cam ayam bakar tapi aku tak tau mana datang tajuk buffalo tu. kalau makan jadi kerbau kot?eh?haha... and Southwestern Eggroll yang ni opkos yang rupe cam popia roling2 tu. memang faveret aku ni..rasa dia superb! inti dia ayam masak pe aku tak sure. tapi sedap!!!!

Lupa nak cerita dia bagi 3 jenis sos untuk dicecah2 masa makan2 tu. Kaler putih tu cam mayonaise tapi ada letak something bagi rasa dia sangat yummy! yang kaler hijau tu macam masam2 sikit. mayb perah limau kot. yang oren tu manis2 mayb letak honey. sume kena cecah. rasa2 jangan tak rasa~

 Zoom in: Southwestern Eggroll

 Zoom in: Southwestern Eggroll

  Zoom in: Wing Over Buffalo

 Quesadilla Explosion/23.95
ok. yang ini light sikit menunya. iaitu salad. salad yang ni memang best la. sesuai dengan namanya exploison. memang terangkat akibat explode.. apa yang bestnya salad dia ialah mengandungi segala jenis sayur2an, ayam grill, macam nachos 2 jenis, jagung, kacang merah, cheese dan macam2 lagi yang aku tak reti nak menyebutnya. semua jenis kunyahan akan dirasai apabila makan salad ni sebab ada benda yang ranggup, lembut, lembik, kasar etc. healthy sungguh makanan aku malam ni. lepas tu dia dihidang dengan ala2 lempeng tepi dia tu dalam nya ada cheese. kalau tak silap nama dia tortilla kot. tak sure.

 Mushroom Jack/ RM38.95
Walaupon rupanya adalah sangat lah tak memberangsang tapi rasanya sangatlah marvelous! kalau dalam menu pon rupe dia lagi hebat lah. ianya ialah ayam grill yang diperap dengan sos yang sangat hebat kemudian dimasak dengan mushroom yang hebat jugak dan menghasilkan menu yang sangat super duper hebat ini!haha..mushroom dia sangat lah banyak. so tak paya berebut2 kalau akau makan dengan en.Iky nanti. hehe.. tapi ianya dimakan dengan tortila atau lempeng yang aku bagitau tadi, Scroll down nak tau inti2 lain untuk dimasukkan dalam tortilla anda yang hebat!

 rencah2 lain yang bakal ditabur semasa pemprosesan tortilla mushroom jack tu nanti: salad, tomato, chesse diparut beberapa jenis, sour cream dan kaler hijau tu aku tak tau. ingatkan jalapeno tapi rasanya tak pedas dan manis. atau mungkinkah kacang hijau blend?
 Tortilla yang panas2 dan sangat lembut. lempeng aku buat tak slelembut ini...

 Step 1: Sapukan sour cream dan benda hijau tu seolah2 menyapu butter dan jem ke atas roti.

 Step 2: taburkan  segala rencah2 seolah2 menabur bunga rampai~weee```

 Step 3: Susunkan beberapa ketul ayam dan mushroom dalam menu Mushroom jack tadi. kalau boleh kaut dengan kuah dia sekali

 Step 4: Gulung seolah2 menggulung popia. Maka jadi la makanan ini bernama: Fajitas!

 Ni rupa Fajitas aku...Wajib tabur sos ok.. aku kan kena ada rasa pedas2 sikit..wajibulghunnah. Maklumlah orang jawa la katakan

 Dessert: Molten Chocolate Cake/ RM19.95
Finally, inilah dessert kami. walaupon perut kami dah macam nak explode. tapi bak kata kfida theres always space for dessert. camtu ke ayat dia??ke aku reka eh?haha.. ok. dessert ini memang buat anda meggila. coklat cake dia very pekat rasa coklat dia. lepas tu atas tu tepek pulak dengan ais krim vanila yang dibalut dengan coklat dan disiram pula dengan caramel. boleh bayang rasa dia camne? coklat+vanilla+caramel=WowII!! nyummylicious! bak kata budak gedik2..haha
 Rupe dia apabila diperkosa oleh kami..tengok tu..siap ada coklat melt lagi dalam tu..mau tak menggila???

Tempat ni memang best untuk dihangout, borak2, lepak2 dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa sebab suasananya sangat selesa, cozy lampunya dimmed je dan boleh lepak lama2. sebabnya air dia bottomless. so kau refill je lah banyak kali tak yah bangun2 selagi dia tak tutup kedai. haha.. Kalau pergi ramai2 memang seronok nak amik menu yang aku cuba kali ni sebab dia jenis makan ramai2 punya menu. Nice!

No comments:

Post a Comment