AYAM PENYET!
Lokasi: Pertembungan antara Jalan Raja Uda+Jalan Datuk Abdul Malik, Kg Baru.
Jenis: Jawa+Indonesia
Aku mengodeh2 gmbar2 dalam laptop. Terjumpa gambar2 ayam penyet yang menggoda jiwa..Ayam penyet kedai ni best gila..Berada di kedudukan carta ke 2 ayam penyet kegilaan aku selepas ayam penyet wong solo yang mahal tu. Lepas makan ni kompem korang akan terbayang2, terngidam2, teringat2 dan seterusnya akan pergi lagi. Macam ketagih la kiranya.
Sila ratah rupanya:
kedai ni memang mempuyai menu2 yang pelik2. ni belum cukup pelik lagi..ada 1 dinding penuh menu yang gila2 pelik dan menarik ditampal. selalu teringin nak try menu baru. tapi sampai je kedai ni mesti terorder ayam penyet..huhu
Set Ayam Penyet. RM5.50.
terdiri daripada ayam goreng yang sangat rangup, nasi putih panas2, sup kosong, ulam2: daun selasih, kacang panjang, timun dan kobis. dan yang paling special ialah sambal dia yang marvelous! sambal cili hijau yang digenyeh menggunakan kayu giling (cam batu giling). ayam tu da cacat sikit sebab aku tak leh tahan nk makan!!tergoda dengan keranggupan belah hujung2 ayam tu..hehe..
ni close up sikit rupa ayam bahagian kepak yang lazat dan crunchy bersama sambal cili hijau. kalau kat rumah aku sambal ni mak aku panggil sambal lonte. orang jawa punya~
Set Belut Penyet. RM 7-8.
set ni mahal sikit sebab susah nak tangkap belut kot. aku datang kedai ni da kali ke berapa ntah baru ada belutnya. tapi macam tak berbaloi sangat. sebab isi dia sikit sangat tapi isi dia sedap sangat! tak cukup bagi orang macam aku ni. tapi kalau belut ni bakar aku rasa mesti lagi best!
Set Burung Puyuh. RM5-6
kalau burung puyuh goreng ni harga dia mahal sikit dari ayam. tapi dapat seekor la ni. hehe..kalau aku tak minat sangat sebabnya isi dia pon sikit. susah pulak tu nak cabut isi dia dari rangka dia tu..makan ayam lagi senang. tapi ranggup. kalau en.iky makan benda ni xjumpa dah tulangnya. licin~
penyelamat kalau tercekik.
1 gelas mokmok 1 gelas slim melim.
Special air dia ialah jus alpukat a.k.a avokado. Tapi tak de pulak gamba air tu dalam simpanan aku. Air alpukat dia sangat menepati cita rasa sebab tak lah sepekat alpukat kat wong solo. Nanti kalau ada aku gi sana lagi aku update bagi korang tengok ok?hehe
Aku suka gila makan kat sini. Terasa macam makan kat rumah. Sedapnya2!~
p/s: masa buat entry ni pon da ketagih nak makan ayam penyet..huhu
wah..terliuq cik tgk gmbr2 aym penyet tu..syokkkk sgt!! terasa rangup2 aym n sambal yg pedas tu...pergh..
ReplyDeletejom g!
ReplyDeleteTaw xp..kat sni kalau mkn xmintak nasi tambah mang xsah lah jwb nye..hhaa..smbal dy mang tbaik..hmm..kedai nie siang dh bukak ke ..
ReplyDelete