IKEA MEATBALL!
lokasi: Cafe Ikea, KL
Jenis: Sweeden, Western
Hari ini program diet aku kembali gagal. Semuanya gara-gara sms dari Roomate Cik Wani yang bagitau dia dan geng kerjanya mahu ke Ikea makan meatball. Mana boleh tahan. Walaupon aku da janji dengan en.iky untuk pergi makan petang dengan dia. Makan ayam penyet pulak tu. Janji tak baik mungkir. Makanya dua2 jenis makanan pon aku hentam hari ini..Memang dasar org gila makan. apa boleh buat.~
Meat Ball Ikea. RM5 (5ketul)
Gara2 aku da makan ayam penyet, aku order 5 ketul je la..diet la katakan. kalau nak take away sila bawa tupperware sendiri. ikea kan ala2 go green gitu~ sebenarnya dia nak suruh beli bekas bekal kat dalam ikea lah tu. untung dia lagi ye tak?
Meat Ball Ikea. RM10 (untuk 10 ketul)
ni rupa sebenar kalau makan kat sana. gamba aku makan sebelum ni.. sedap! memang sedap! berbaloi2..masa ni tamak.amik 10 ketul. tapi habis jugak.orang tamak selalu tak rugi..hehe..ok2..cerita pasal keenakkan meat ball ni dulu. ianya dihidangkan bersama2 dengan fries yang biasa je. apa yang bes ialah daging yang padat dalam bola2 itu..lazat..kenyal, kental, chewy disiram pula dengan gravy dia yang creamy+nyummy!! kalau tak silap dianya gravy ni macam mushroom gravy tapi sgt sedap..tak macam biasa...dan ape yang lain sweeden style ni dia makan meatball ni dengan jem resberry yang masam2 manis.. penambah rasa yang cukup fantastic! apabila ketiga2 bahan disatukan (meatball+gravy+jem) ........................................................................bergabung!!!!meletup!!!!!
pencuci2 mulut.. setiap 1 dari harga RM1-RM2
ni semua tak bes...malas nak cerita..tak berbaloi amik..not suggested!hehe..kalau ikut cita rasa aku la..
pendek ceritanya kalau ke ikea wajib lah pergi try meat ball dia. memang top tiptop. rugi tak rasa. ada je menu lain tapi yang tu je menyentap rasa hati ini..haha..
p/s: upload entry sambil kunyah2 meatball..hihi
sy pun suke makan daging bola a.k.a bebola daging ini..hakhak~
ReplyDeletebola2 api berdaging ni~~bnje la i~~
ReplyDelete