Monday, January 3, 2011

SUKHUMVIT!!!

SUKHUMVIT!
Lokasi: Pertembungan Jalan Hamzah dan Jalan Datuk Abdul Malik, Kg Baru
Jenis: Thai kap2 sawadikap~

Petang tadi operasi aku dan wani untuk berdiet telah tergendala. Akibat rasukan belanja yang hendak diamalkan oleh knani. Maka dengan bersungguh2nya kami bertiga meluncur menaiki kereta knani yang aku berikan namanya sebagai Siti Jerung (apekehal kete orang aku lak yang bagi nama?). Siti Jerung merupakan kereta idaman aku suatu ketika dulu.

Apa yang telah kami order sempena belanjawan yang dilangsungkan oleh knani?

 
2 kitab wajib yang dibuka sebelum mengorder!!

Tomyam Campur. RM5.50.
rasa dia tak sama macam tomyam biasa. Ada sedikit kelainan yang aku pon tak tau kat mana. Tapi rasa masam2 tu ada. dan pedas2. bahan2 penuh dengan isi seafood: ketam, udang, sotong, lala, ayam dan juga tomato.

 Ikan Siakap Masak Stim Limau. RM?? (ikut saiz)
Ni memang paling marvelous! ikut selera aku..pergh2!! kuah stim dia memang tak kedekut..ikan ni siap boleh berenang-renang dengan gembiranya. perahan limau yang masam+superb pedas+rasa halia+serai meresap dalam ikan tanpa segan silunya...sluurrpp...

 Kangkung Goreng Belacan. RM4
ni biasa2 je la..rasa sama je..tak de la special sangat. tapi yang aku suka kangkung dia sedang2 je masaknya. tak lecur sangat dan tak la tak masak..ok2

 Kerabu Sotong. RM5 kot.
yang ini sangat lah tidak aku suggest untuk diorder. sebabnya cenonet gila sotongnya. tak berbaloi langsung. harapkan bawang je yang besar. tapi kuah kerabu dia sedap~

kemudiannya kami disaji pula dengan Meangkum. Sejenis makanan ringan orang thai. ala2 daun sirih. rupanya adalah seperti di bawah:

Meangkum. 1 set RM8.
boleh dimakan 4-6 orang sebab dia makanan ringan. Cara memprosesnya adalah seperti dibawah . macam carta alir lak..haha

 pembalutnya ialah daun kaduk. inti2 yang perlu ditaburkan : halia,cili padi, udang kering, kelapa bakar, kacang, bawang dan limau nipis.

disiram pula dengan kuah gula yang manis dan kacang tumbuk yang lazat lagi berkrim~

 dan akhirnya dilipat seperti berikut sebelum dimasukkan ke dalam mulut dan seterusnya dikunyah. dan akhir sekali dinikmati dengan tawaduk..tips makan: kena masuk mulut terus semua sekali dan kunyah sambil menikmati rasa yang di blend iaitu pedas+masam+manis+kacang=sedap!!!

 dessert: Pulut Mangga. RM5
akhir sekali cuci la mulut selepas makan segala perisa makanan yang pedas dan masam tadi dengan benda yang manis dan berlemak krim..tapi slack sikit sebab pulutnya sedikit jelantah..berangan nak kawen makcik yang masak ni kot.haha
Aku ada makan dekat sukhumvit sebelum aku ada blog ni. makanya ada la sedikit menu yang menarik yang penah aku cuba dan mau kongsi bersama..hehe

Kerabu Cendawan Putih. RM5.50
sedap2..wajib order bagi peminat cendawan dan kerabu..nyummy2!

 ayam masak apa aku tak ingat(dah lama sangat). tapi nama dia dalam bahasa thai la. harga pon da terlupa. rasa dia sedap jugak. bagi yang suka kepada kelainan. ada bau wangi sikit sebab dia masak dengan daun selasih..dan semestinya pedas!

 Sukiyaki. RM6.
ni macam menu yang boleh jumpa dekat kedai makanan jepun. tapi aku tak penah order kat sushi king atau tenpayaki lagi. so tak tau bendanya yang sama atau tak. asasnya ialah soon dan digoreng dengan cara yang tak sama dengan orang melayu biasa masak. sedap!!! aku suka gila sebab banyak sayur..so masa makan rangup2 sayur tu boleh didengari..portionnya sikit je. sesuai bagi orang diet..terdapat juga edisi masakan yang lain iaitu sukiyaki sup...

 Mi Celup. RM6
mi ni nampak macam bakso tapi langsung tak rasa macam bakso. asasnya juga soon. rencahnya ada racikkan ayam, bebola bakso daging, dan telur rebus sebelah. apa yang special mi celup ni ialah supnya ada lobak masin+macam ada rasa taburan kacang dan rasa pedas2 yang secukup rasa..memang marvelous bagi peminat sup!!
 Kerabu Sukhumvit. RM12 kot.
kerabu ni yang paling lain gila2 dari yang lain. tak pernah lagi aku rasa dan rupa kerabu seperti ini. biasanya kalau kerabu rasa masam+pedas. ni macam digoreng dengan sos buatan sendiri. macam masak merah+kicap pon ada. rencah2nya terdiri daripada ayam, sotong, udang dan hirisan sosej.. sosej?? ya!memang sosej...haha..pelik?tapi benar~
 Seafood Homok. RM15
ni menu paling2 aku suka!!dan semestinya kerana presentation nya yang WOW!!berapi2..kalo bab api2 ni aku memang sensitip sikit. masa waiter tu bawa menu ni dengan api yang menyala2 semua mata tertumpu kat meja kitorang..hehe..hebat tak?

 dan ini lah rupa homok yang telah ditelanjangkan oleh kami. maaf homok..kami terpaksa mencabuli kau selepas api pertahanan kau sudah lemah..haha..
intinya semestinya segala jenis seafood: udang, sotong, ketam dan lala yang dimasak dengan perisa yang gila superb pedas. rasanya pakai cili padi ni. macam ada rasa sikit2 macam masak lemak cili padi tapi yang pekat..sedap!memang aku suka! tapi en. iky tak rela nak makan benda ni lagi..huhu

Kesimpulannya makanan di sini memang sangat seronok untuk di explore. khas bagi peminat makanan yang sejati. tapi kena ada kekebalan pedas pada lidah lah  yang paling penting.

1 comment:

  1. yup..mmg marvelous!!! mmg ikut citarasa sy yg suke masam+manis+pedas...hu2..kredit to kak nani coz blanje..hehe...

    ReplyDelete