Wednesday, January 19, 2011

HJ SHARIN LOW II !!!

HJ SHARIN LOW GRAND
Lokasi: Lorong Enau, Jalan Ampang, KL.
Jenis: Cina 
 
aku dah pernah cerita pasal Hj Sharin Low sebelum ni. Kalau tak silap minggu lepas. Tapi ni bukan siaran ulangan, tapi aku telah pergi buat buat kali ke2 dalam selang 2 hari kemudiannya. So, korang dapat bayangkan tak betapa lazatnya makanan kat sini sampai berkali2 aku makan kat sini? yup! memang lazat. 
Tapi yang sebenarnya kali ke2 pergi ni aku pergi adalah kerana dibelanja oleh Pn Zai(sifu kami). Kitorang (knani,kfida n me) juga lah yang suggest tempat ni. Memandangkan kami da jadi food tasternya hari rabu lepas. dan kejadian perbelanjaan ini berlaku pada Jumaat lepas. See, selang 2 hari je makan sedap lagi~ Murah rezaki kami...

Jom tengok hot2 item yang kitorang belasah pada hari kejadian:
 
 aku tak ingat sangat nama sup ni. sebabnya orang blanja kan..takde la aku cam jakun sangat nak teliti nama menu dan harga dia setiap satu..huhu..wat segan je.. tapi yang pastinya nama menu ni ada bunyi2 cam FEI MOW(bukan nama cerita cina ke?haha). atau di translate kan jadi Sup Perut Ikan. Perut ikan?aah. memang perut ikan. mula2 terbayang kan perut ikan tu rupe dia cam masa siang ikan tu. tapi macam bukan je bila dalam sup. harga tak sure.

 sup ini memang sangat lah refreshing. lepas hirup tu rasa...WAHHHH Nyaman nya~ hehe.. sedap2. tak macam sup biasa. tak hanyir rasa ikan pon. Rasa macam sup yang sedap, tak reti explain sebenarnya. yang pasti rasa nyaman~...heheh..kandungan dia: Perut ikan, tofu lembut, sayur carrot, daun bawang, cendawan pon pelik rupenya. tak tau nama spesis nya.aku ke spesis yang jakun?haha

 tengok2...bukan main cun lagi diorang bentukkan carrot ni. penuh dengan seni. so masa makan ni pon sangat appreciate kesusah payahan diorang memproses makanan ni. sebenarnya lagi appreciate bila orang belanja.haha 

 Butter With Pumpkin Prawn. RM--
masakkan ni memang aku tak pernah try dan tak pernah tau pon akan kewujudannya. memang seriously marvelous! rasa lemak+manis labu tu dalam kuah dia menusuk di setiap deria rasa lidah bila makan. memang lain dari yang lain..sedap2! menu ni memang di suggest oleh waiternya sebelum ni. Menu baru katanya.

 Zoom in sikit. bagi tayang rupa udang yang besar2 tu. kuah dia yang pekat+likat+manis+lemak=speechless!

 Baby Kailan masak chap soi. RM10
Nama masakkan tu aku pakai letak je. part baby kailan tu betul. tp masak pe tu aku reka nama sendiri. hihi. yang ni macam biasa lah. bagi peminat sayur kompem suka. sebab dia masak sedang2 je. tak lecur sangat dan tak lah tak masak. rangup2 sayur gitu. digoreng dengan sos tiram kot.

 Ikan Siakap Keong Yong/ Stim Halia. RM6/100g
 Masa makan ikan kali ni aku lebih appreciate compare to hari aku makan ikan dengan knani n kfida before. adekah kerana ikan masak ni lebih sedap? oh..tidak! sebab nya ikan ni kedudukannya di depan mata aku. so paling senang aku nak capai. sampai ke sisa yang akhir aku ratah. kuah dia slurp2 aku hirup. sedap~

 ni rupa pinggan aku. nampak cam diet tak? amik lauk je???ececece...hahha..sebenarnya aku makan ala2 cina style. nasi dalam mangkuk. makan pakai chop stik.(gedik2 sikit)..baru terasa macam makan kat Macau...haha..salted tofu, mopo tofu dan salted egg crab pon telah diorder tapi aku tak cerita benda yang sama berulang kali. kesedapnnya still the same. boleh tengok kat entry lepas. hj sharin versi I.

Salted Egg Crab. RM5/100g
yang ni da cerita jugak kat entry before, tapi nak tayang gak sebab kali ni order banyak gila. 10 ekor ketam. terkangkang2 ketam tu atas pinggan, memang menggoda hati dan perasaan betul! so wajb lah di tayang kan sekali lagi bagi meleleh ayaq liuq~

 dari kiri ni kenalkan: kWawa, Pn. Zai, kNoji, kYatt
Pn Zai lah yang menjadikan kejadian seperti ini menjadi kenyataan. Sebab beliau yang belanja..weee~~ terima kasih pn Zai. semoga murah rezeki dan panjang umur! yang penting zoom ketam atas meja  tu..gila banyak kan??

 dari kiri: Pn Nor, kNani, n kWawa lagi (cet.camne leh byk kali gmba kWawa ni. ptot crop!!)

 dari kiri: kEcah (kecah wat karipap sedap gila!!!aku suka!!!) n kFida

 kLiz

 Ni pinggan aku bila da abis makan untuk mencerminkan kehebatan aku kalau makan.

p/s: lastly,bye2 dari en crabby~


No comments:

Post a Comment