salam malam jumaat~
pada malam yang berbahagia ni aku nak tayang tempat makan yang syiok kami try di Universal Studio Singapore....
mula2 berangan nak buat entry pasal keseronotan menggila di USS, tapi kemalasan itu berada di tahap tertinggi sekali....
tapi bab cerita pasal makan takde masalah....semua masalah yang lain boleh diatasi dengan makan...wehu!!~
MEL'S DRIVE IN
Lokasi: Universal Studio Singapore
Jenis: Fast Food
kaunter pengorder-an
sistem kat sini tak sama dengan most fast food kat malaysia di mana kaunter order n pembayaran terletak agak2 dalam 2 meter dari kaunter meng-collect makanan...kalau kat malaysia situ la kau order, situ lah gak kau dapat makanan kau.... tapi apa orang kesah..janji kau dapat makanan kau lepas bayar...ye dok??~
suasana dalam mel's
gaya2 retro.. kusyen duduk dia gila2 punya hempuk n tebal....bila duduk boleh rasa kusyen dia terbenam....
kami dapat site corner yang seat dia build in tu..so semua rebut nak masuk dalam seat buil in ni (style sofa tu...
nasib baik 4 orang je...semua dapat duduk....
bila duduk dalam kedai ni, perasaan familiar sangat mendalam...tapi rasa2 bila masa pulak aku hidup zaman retro camni??~ sekali kawiyah cakap, lagu uptown girl by westlife...video clip dia memang buat kat dalam kedai mels..tapi bukan lah kat USS ni...opkos la kat US sana... tapi memang diorang mengekalkan ciri2 kedai retro ini di mana2 cawangan....kot~
so...dan2 nak amik lagu uptown girl kat mesin lagu sebelah kitorang ni...nak joget2 cam dalam video clip tu lah angan2nya.... tak de maknanya ye...mesin ni replika je...dok kat sebelah meja kami...
time ni dah kebulur gila2.. masa nak pilih makanan pon dok congak2 duit dalam poket...uhuhuhu
Shiok Burger Combo/ $12.80
ni set yang aku order... kebetulan masa tengah beratur nampak poster promote shiok burger ni...usual price dia $16.30... so amat2lah berbaloi kalau amik time harga murah sikit.. padahal bege ni lah yang paling mahal antara bege yang lain+ convert rm jadi almost rm30 lak tu...dah berjaya kalahkan carl's jr. ni...haha... tapi bila lagi nak try benda lain dari yang lain kan?~
fries
fries dia sikit je bilangan nya...boleh kira guna jari... tapi saiz dia besar sikit dari dari fries biasa kat fast food tempat kita.. n lembik+ lembut...mungkin sebab dah besar so dia tak sesuai dihasilkan menjadi garing....kot?~
teng tedeng!!!!~
selepas dah bogelkan dengan rakusnya ini...lihat burger ke...mengiurkan kan?? sorylah aku tak dapat nak interpret keseksia-annya dengan gambar...sebabnya kamera aku low bateri time ni...so memang bergantung kepada kamera handphone 100%...n sebenarnya, bege ni besar!!!
ok...apa yang shiok sangat dengan bege ni ialah daging yang digunakan adalah 100% beef patty... lagi hebat dari quarter pounder hokey... yang ni kau makan memang lat2 rasa daging lembu...masa makan tu boleh bayang kau tengah gigit bontot lembu tengah meragut rumput gitu...sampaikan geng2 aku yang try ni tak puas hati cakap akunya berger guna daging kambing...ha! tu lah dia...budak2 sekarang dah biasa sangat makan beger guna patty perisa daging padahal dalam tu lemak2, tendon2, urat2, kot2 bahagian lidah+tepung....
selain itu...yang menambah keshiok-an berganda apabila daging tadi dilapisi dengan bacon turkey yang nipis, onion ring yang rangup, dan serunding...serunding??hahah...tu yang aku nak gelak je bila tengok...boleh pulak diorang ni minat pulak nak guna serunding... n specialnya dia sapu guacamole...kalau tak tau gi study kat kelas lecture masterchef...haha
sebab kami makan 4 orang so kitorang bahagi masing2 punya beger kepada 4 bahagian n bahagi2 kan..sebabnya semua nak rasa makanan orang lain....
ni bege kawiyah...dia amik set apa ntah tak tau nama...tapi pattynya ialah ayam goreng crunchy2.... lebih kurang macam berger mcD chicken mcdeluxe
ni dobot punya beger...dia punya beger patty beef...tapi yang specialnya dia letak kuah yang dibuat dari mince meat tu...ala2 style bolognese punya resepi la...n ada cheese..soooooo sedaaaappp... 2nd beger after mine yang aku suka~
ni beger k.meng pulak...fillet nya ialah ikan...rasanya macam guna dory...opkos lah kan...takkan dia nak bagi ikan kerapu pulak...yang ni bagi peminat ikan maybe suka..for me..aku tak minat sangat...sebab aku suka ikan tu kalau dia dia masak masih ada rupa seekor ikan...kalau dah jadi fillet not my taste~
orang lain jawab...AAk? hahahahah
so kesimpulanya tamat lah sudah kisah perjalanan hidup makan masa rombongan cik kiah hari tu....
gila tak mengghairahkan entry kali ni~