Sunday, October 16, 2011

Teppan-Yaki!!!

salam n hai2 semua....
weekend ni merupakan hari untuk aku bermalas2an sambil angan2 untuk mengupdate entry yang aku pergi mentekedarah dalam masa seminggu yang lalu...tapi tengok2 je hari pon suda nak maghrib baru lah aku berusaha nak jengok blogspot ni..uhuhu...tapi tak pe..yang penting niat di dada tu ada..ye tak??

so aku start dengan cerita hari jumaat lepas, balik kerja je ada seorang mahluk telah menghasut aku untuk tidak pulang ke rumah...tapi takde plan nak ke mana..last2 gi redah jalan nak masuk kl semata2 nak gi pavilion cari gsc...memang apakejadahnya la kan kau dah berjaya keluar kl hari jumaat time orang balik kerja tiba2 kau gi masuk semula kl before maghrib dengan tak sure jalan ke pavilion..memang cari maut dalam jam namanya....

tapi dengan ilmu gps dihotak masing2 menggunakan hemat instinct masing2 berjaya jumpa pavilion tanpa sesat langsung n boleh gi dalam masa tak sampai 30minit dah sampai...hebat tak hebat lah kan...(riak2)..
lepas je sembahyang jumaat terus gi cari makan kat food court dia...food court pavilion memang idaman hati aku,..kalau gi sini ada je makanan dia yang aku janji dalam hati ini untuk try next visit...
pada hari itu seseorang itu telah mensuggest untuk try teppan-yaki, aku pon follow je...

TEPPAN-YAKI
Lokasi: Food Court Pavilion, KL
Jenis: Jepun, Goreng2 depan muka kau~


 the menu muka depan dan muka dalaman
teppan-yaki kat foodcourt ni lain sikit dari tempat lain..dia takde menu2 sampingan seperti tofu lembut tu, dessert ke..hanya makanan yang diperbuat di atas kuali leper tu je yang ada...selain itu yang ada hanyalah dalam set seperti nasi ditanak dan sup dimasaka dari periuk ..

 cuba teka apakah ini???kertas aluminium ini akan di lekatkan dihadapan anda atas kuali leper dia tu...tujuannya untuk meletakkan lauk diatasnya...so kiranya nanti lauk tu sentiasa panas lah sebab diatas kuali..
bila pelanggan dah siap makan semua kertas ni akan dicabut dan dibuang..jimat nak basuh pinggan kan...
kalau yang tak dapat tempat duduk kat sekitar depan kuali dia, dapat lauk dalam piring macam biase jelah ye...

 tunggu punya tunggu mai sudah master chef nak masak dah...seronot2...excited semua rasa...kalau dalam gambar ni mula2 dia nak masak sayur sawi dulu...siap timbang berapa kati tu sebelum masak..bagi accurate semua orang dapat same banyak...
lepas dah basuh sawi tu dia letak atas kuali potong sayur pon atas kuali...excited wehhh..padahal goreng sayur sawi je pon...semuanya kerana suasananya...memainkan peranan penting!

 then siap goreng sawi tu chef ni pon gi hidang kat atas kertas aluminium yang aku cita kat atas tadi...

 siap sawi dia goreng togey pulak hidang kat setiap pelanggan yang berhampiran dia..

then datang pulak orang hidangkan perkakas2 nak menyerang makanan bila sayur dah siap masak

 the soup
sup of the day kat foodcourt/ kedai teppanyaki haruslah plain, bland dan ala2 air panas letak garam n ajinamoto je kan...so aku redha je la dapat sup ni...tapi yang menariknya kat sini ada kiub2 macam nata de coco dalam sup tu...mati2 aku ingat ni dessert mula2 sampai kat meja benda ni...sekali rupanya lobak putih...

 then mula lah si chef ni mula masak lauk2 ikut set yang kitorang pilih...seronot tengok dia masak banyak2 lauk sekali gus tapi walau macam mana pon dia akan tetap hidang lauk tu pada siapa yang order dulu...baru lah pelanggan puas ati..memandangkan dari jauh je gambar ni , aku cerita lah sikit apa antara lauk2 yang dia masak: ada udang, lamb, daging, ayam, salmon, telur, nasi goreng dan sebagainya...
kepada yang nak merasakan feeling2 chef masak depan muka korang, sila lah pilih tempat duduk yang betul..kalau tempat yang aku duduk ni kira dah jauh sikit dari chef.. antara tip2 nak dapat duduk betul2 hidung korang depan aktiviti tappanyaki sedang berlangsung ialah:

  • pastikan seat korang depan kuali yang ada exhaust tu...tu memang spot chef masak ye tuan2 dan puan2

dan akhirnya tiba lah juga lauk aku...iaitu: kambing yang dihiris2  ...nyummy2! apa yang menariknya cara dia masak dekat sini very the lain dengan teppanyaki foodcourt mall lain..kalau tempat lain memang dah sedia diketahui lauknya goreng2 guna minyak, bawang putih, garam, kicap n lada sulah tabur...goreng2 hidang..very the typical...kat sini sangattt special sebabnya dia tambah lagi dengan sos black pepper dia yang tersendiri...so lauk tu sedikit berkuah dan sangat2 sedap!!!
macam dah makan lamb chop tapi lamb nya dah dihiris nipis2...

 so ini lah set aku bersama nasi dan juga sup: Slice lamb Teppan-yaki set/ RM15

 Set Rolled Beef Teppanyaki Set/ RM 15
ni pulak set menu mahluk lagi sorang..yang ni lagi best! suggested menu...daging yang telah dislice nipis tu kemudiannya akan membalut enoki mushroom, carrot n apa ntah lagi...sangat2 sedap..!! danging nya dimasak secukup rasa n hempuk2...tak liat pon...yang tak puas ati tu dia punya lauk tak cukup...sikit sangattttt~

finally...
abis sudah makanan ku..walaupon diet tapi nasi semangkuk abis jugak

lepas dari tu aku tengok cerita the thing...sorang2..mahluk lagi sorang nak tengok cerita lain...so kami split...
dopendek kan cerita: the thing suck!!! cerita ntah hapa2...tak best langsung..bosan..tak kembangkan minda langsung! tak payah membazir ye~

p/s: masa search2 nama menu tu aku jumpa gambar yang lagi cun...kompem buat air liuq korang merembes...sila ke sini...
lupa nak cakap aku hentam nama menu...lupa..tapi dah ada iras2 dah rasanya tu..
nampak sangat skil ambik gambar aku so so je..~uhuhu

3 comments:

  1. tak penah lagi try tenpayaki. keinginan tu ada. tapi bila sampai kedai, kona pi tempat lain jugak.. geesh..

    ReplyDelete
  2. kena try kat tempat y betul..most tempat y biase2 je..nnt trus rasa tak best

    ReplyDelete
  3. Karnivor macam aku,memang mudah terliur menda-menda macam ni.

    ReplyDelete