Entry ini sepatutnya aku buat ahad lepas. Tapi memang sangat2 lah tidak sempat. Sebenarnya malas nak transfer gambar dalam handphone masuk laptop. huhu.
Ahad lepas aku dan cik roomate telah menyerbu ke mid valley. Semata-mata untuk menghabiskan voucher jusco yang diperolehi beliau masa cabutan bertuah family day company dia. sebelum beliau menggila di jusco kami pon bersetuju untuk mengelojohkan diri di domino.
Ini lah hasil kegelojohan kami..makan berdua je. Tapi sangat lah tamak, order sampai 2 piza saiz regular.
semestinya all time favorite: extravaganza..wajib sebab semuanya pon ade atas dia.kiranya berbaloi la untuk kite2 yang gila kepada semua jenis benda yang boleh dimakan.
beef peperoni. bagi yang karnivor. tak de langsung unsur-unsur tumbuhan di atasnya. ni american favorite. kiranya sape suka ni ala2 mat saleh la tu.
waaa.. tengok cheese dia..macam dalam iklan tak?
side dish: onion ring..kalau aku yang bagi nama: onion bangle..
ni side dish favorite aku untuk hari itu: crazy chicken crunchies. sedap!! ada rasa2 tomyam. pedas2 skit.sedap2!
tapi kalau dulu aku makan ade benda ni..lagi sedap..malangnya dah takde lg.dah habis promosi sekarang kot:
ala2 satay. solid satay ayam dia..xde lemak lembik2 u~ disalut dengan bbQ gravy yang perrghh...mantap!
Domino antara piza yang aku suka kalo nak dibandingkan dengan piza hut. Sebabnya roti dia yang tak muak, ketebalan yang sedang2, topping yang lebih banyak..semuanya dibandingkan dengan piza hut. haha..
Tapi kekurangan domino: kedainya lebih kepada take away service kecuali dekat mid valley je yang boleh dine in dengan selesa. dan tak ada sos!(aku orang yang kuat mencecah).
kesimpulannya: kualiti makanan best! kualiti service: kureng~
sebelum balik kami jalan2 dalam garden dan terserempak dengan sesuatu yang menarik:
2 bidadari sedang main cello...
konon2nya dalam syurga la ni...ceh~
p/s: nanti aku upload lagi makanan yang aku menggila hari isnin lepas..
No comments:
Post a Comment