Thursday, December 22, 2011

mel'S at USS!!!

hei ho~
salam malam jumaat~
pada malam yang berbahagia ni aku nak tayang tempat makan yang syiok kami try di Universal Studio Singapore....
mula2 berangan nak buat entry pasal keseronotan menggila di USS, tapi kemalasan itu berada di tahap tertinggi sekali....
tapi bab cerita pasal makan takde masalah....semua masalah yang lain boleh diatasi dengan makan...wehu!!~

MEL'S DRIVE IN
Lokasi: Universal Studio Singapore
Jenis: Fast Food


 kaunter pengorder-an
sistem kat sini tak sama dengan most fast food kat malaysia di mana kaunter order n pembayaran terletak agak2 dalam 2 meter dari kaunter meng-collect makanan...kalau kat malaysia situ la kau order, situ lah gak kau dapat makanan kau.... tapi apa orang kesah..janji kau dapat makanan kau lepas bayar...ye dok??~

 
suasana dalam mel's
gaya2 retro.. kusyen duduk dia gila2 punya hempuk n tebal....bila duduk boleh rasa kusyen dia terbenam....
kami dapat site corner yang seat dia build in tu..so semua rebut nak masuk dalam seat buil in ni (style sofa tu...
nasib baik 4 orang je...semua dapat duduk....

 
bila duduk dalam kedai ni, perasaan familiar sangat mendalam...tapi rasa2 bila masa pulak aku hidup zaman retro camni??~ sekali kawiyah cakap, lagu uptown girl by westlife...video clip dia memang buat kat dalam kedai mels..tapi bukan lah kat USS ni...opkos la kat US sana... tapi memang diorang mengekalkan ciri2 kedai retro ini di mana2 cawangan....kot~

so...dan2 nak amik lagu uptown girl kat mesin lagu sebelah kitorang ni...nak joget2 cam dalam video clip tu lah angan2nya.... tak de maknanya ye...mesin ni replika je...dok kat sebelah meja kami...
time ni dah kebulur gila2.. masa nak pilih makanan pon dok congak2 duit dalam poket...uhuhuhu

Shiok Burger Combo/ $12.80
ni set yang aku order... kebetulan masa tengah beratur nampak poster promote shiok burger ni...usual price dia $16.30... so amat2lah berbaloi kalau amik time harga murah sikit.. padahal bege ni lah yang paling mahal antara bege yang lain+ convert rm jadi almost rm30 lak tu...dah berjaya kalahkan carl's jr. ni...haha... tapi bila lagi nak try benda lain dari yang lain kan?~

fries
fries dia sikit je bilangan nya...boleh kira guna jari... tapi saiz dia besar sikit dari dari fries biasa kat fast food tempat kita.. n lembik+ lembut...mungkin sebab dah besar so dia tak sesuai dihasilkan menjadi garing....kot?~

teng tedeng!!!!~
selepas dah bogelkan dengan rakusnya ini...lihat burger ke...mengiurkan kan?? sorylah aku tak dapat nak interpret keseksia-annya dengan gambar...sebabnya kamera aku low bateri time ni...so memang bergantung kepada kamera handphone 100%...n sebenarnya, bege ni besar!!!

 ok...apa yang shiok sangat dengan bege ni ialah daging yang digunakan adalah 100% beef patty... lagi hebat dari quarter pounder hokey... yang ni kau makan memang lat2 rasa daging lembu...masa makan tu boleh bayang kau tengah gigit bontot lembu tengah meragut rumput gitu...sampaikan geng2 aku yang try ni tak puas hati cakap akunya berger guna daging kambing...ha! tu lah dia...budak2 sekarang dah biasa sangat makan beger guna patty perisa daging padahal dalam tu lemak2, tendon2, urat2, kot2 bahagian lidah+tepung....

selain itu...yang menambah keshiok-an berganda apabila daging tadi dilapisi dengan bacon turkey yang nipis, onion ring yang rangup, dan serunding...serunding??hahah...tu yang aku nak gelak je bila tengok...boleh pulak diorang ni minat pulak nak guna serunding... n specialnya dia sapu guacamole...kalau tak tau gi study kat kelas lecture masterchef...haha


 sebab kami makan 4 orang so kitorang bahagi masing2 punya beger kepada 4 bahagian n bahagi2 kan..sebabnya  semua nak rasa makanan orang lain....

 ni bege kawiyah...dia amik set apa ntah tak tau nama...tapi pattynya ialah ayam goreng crunchy2.... lebih kurang macam berger mcD chicken mcdeluxe

 ni dobot punya beger...dia punya beger patty beef...tapi yang specialnya dia letak kuah yang dibuat dari mince meat tu...ala2 style bolognese punya resepi la...n ada cheese..soooooo sedaaaappp... 2nd beger after mine yang aku suka~

 ni beger k.meng pulak...fillet nya ialah ikan...rasanya macam guna dory...opkos lah kan...takkan dia nak bagi ikan kerapu pulak...yang ni bagi peminat ikan maybe suka..for me..aku tak minat sangat...sebab aku suka ikan tu kalau dia dia masak masih ada rupa seekor ikan...kalau dah jadi fillet not my taste~
orang lain jawab...AAk? hahahahah

so kesimpulanya tamat lah sudah kisah perjalanan hidup makan masa rombongan cik kiah hari tu....
gila tak mengghairahkan entry kali ni~



Sunday, December 18, 2011

Ikan Bakar Tip-Top

hoi2...
hari ini bersiaran buat kali ke-2... dengan semangatnya nak cerita pasal kejadian 3 minggu lepas....
dimana geng kami yang terdiri dari: kawi, aku, ana n tiqa telah menuju ke selatan tanah air iaitu JB untuk meraikan wedding 1 of member geng doyan (geng masa kat UKM) yang berhampiran di desaru...
almost 4 hari 3 malam kami di sana so kalau aku cerita kompem panjang lebar sampai lenguh2 jari menaip pulak nanti.... 
so, bagi mengelakkan kejadian di atas berlaku, so aku ringkaskan kepada sesiapa yang berminat nak tau cerita sepanjang pengembaraan kami boleh lah klik kat link berikut:

  1. OTW ke Johor
  2. Johor Premium Outlet
  3. Wedding Kak Dayah
  4. Universal Studio Singapore
Wah...rajinkan haku?? copy link je dari blog kawi...haha... so aku yang rajin ini hanya kan cerita part makan je... dah memang nature aku camtu lah gamaknya....hahhahaha

ok..sebelum nak cerita pasal ikan bakar, aku tunjuk gambar breakfast yang nyummeh kat rumah perantin:

pagi ahad. 4/12/2011 merupakan hari nikah k.dayah..since kami dah sampai sehari sebelum kejadian, wajiblah pergi ke nikahnya dipagi2 hari.... majlis nikahnya sangat2 menarik... sebab adat orang johor lepas suami lafaz taklik ada lafaz2 amanat dari seorang ayah kepada menantu, ibu kepada nak perempuan, suami kepada isteri dan juga isteri kepada suami...sangat2 touching saat itu...bukan setakat perantin je sebak... kami yang tengok je ni pon bergenang air mata.... so dengan harapan lafaz amanat tersebut akan memberikan kesedaran semula dan peringatan kepada pasangan baru suami isteri dan juga hadirin...

ni moment 2nd yang aku suka...lepas je siap lafaz segala amanat tu... ustaz kadi tu suh perantin laki duduk melutut... aku rasa time tu semua orang blur...apa la ustaz ni nak suh buat lagi...then dia bagi arahan2 berikut: 
  1. letak tangan atas bahu istri
  2. pegang dagu isteri
  3. cium dahi isteri
time tu semua dah gelak tak tahan nya...gila sporting ustaz ni.... then dia lak boleh instruct suh mengadap photographer la...cium lama sikit nak masuk dalam gambar la... kalau aku time kahwin dapat ustaz camni kan bagus~ hahahah

ohhh..sory2..aku patut cerita pasal makan tadi, ok lepas majlis nikah kitorang pon terjah makanan kat luar:


lontong Johor!
bajet diet lah kan...aku yang gedik diet konon2 ni gi amik 3 ketul je nasi himpit...memang menyesal... sebab sedap gila n nak tunggu lunch(time majlis bersanding lak) perut dah berjoget dangdut dah....
bila tengok je kuah lodeh n sambal kacang ni terus terasa macam kat rumah sendiri..ooohhh...lazatnya!!macam hari raya pon ada jugak.... nak tambah lagi2 sedap letak pulak serunding kelapa...gabungan mantap 3 lauk ni untuk lontong ni boleh buat kita lupa daratan sekejap....

kenduri orang melayu wajib ada kuih muih kan....yang aku paling suka ialah kuih karipap! aku memang suka karipap especially karipap yang kulitnya rangup macam kat atas ni...kalau karipap pusing aku dah loya2 dah nak telan.... tak tau nape...maybe sebab bila dia pusing2 tepung tu jadi macam pastri dah tak ori kot...haha... karipap pada hari kejadian boleh dikategori kan puuurrrffect unutk standard aku ni sebab tepung nya rangup, kulit tak berpusing, kelim nya pon rangup n tak memerangkap minyak, inti keledek+ kentang perisa kari yang secukup rasa!!!oohhhh..lazaatt....
kole kacang lak tak reti describe sangat tapi kacang hijaunya memang sangat2 padat... masa makan boleh rasa kesat2 kat tekak... tak lembik sangat...sedang2...tak manis sangat n tak pahit sangat...so kesimpulannya nyummeh!

makan lunch tak sempat snap gambar...sebab dah kebulur gila... uhuhu

eh...tak cerita lagi pasal ikan bakar rupanya....hahah...bongeks je aku arini... then baru nak start buka cerita pasal makan ikan bakar!

IKAN BAKAR TIP TOP
Lokasi: Medan Perantau, Danga Bay
Jenis: Ikan Bakar, Seafood


untuk ikan bakar, ana a.k.a dobot yang diberi kepercayaan untuk order..sebabnya dia yang pernah makan kat sini n dia jugak lah yang suggest makan kat sini... so iakn yang menjadi mangsa kami pada hari kejadian ialah ikan sebelah dan ikan pari....
pencicah dia ialah sambal ada letak limau kasturi perah sendiri n bawang potong... bagi aku penciciah ni tak cukup kick... patutnya dia bagi pencicah air asam or kicap bawang potong+cili padi potong tu...baru la terangkat!

 ikan pari bakar
rupa memang tak semenggah..susah aku nak cari angle yang menarik..dia memang takde sisi cun... tapi rasa dia memang cun walau diangle mana pon kau rasa...haha... apa yang menarik ikan bakar kat tip top ni di bakar dengan sambal dia yang tersendiri... bila kitorang kunyah2 tu aku rasa sambal atas ikan dia tu diperbuat dari cencaluk... patot pon sedap! kalau dah makan dengan sambal atas ikan tu tak payah pencicah tak kick tu pon tak pe....

ikan sebelah
1st time aku makan ikan sebelah buat iakn bakar...dulu pernah tengok kat rumah makcik aku masak tapi tak ingat lak time tu aku makan ke tak... rupanya sangatlah sedaaaappp....isi dia putih, gebus...ala2 isi ikan kerapu tapi takde tulang...last2 semua memang dok attack ikan ni je...



kerang rebus/rm8
kerang rebus ni bukan dari kedai tip top tu...kan dia style medan..so ada deret2 kedai lain yang banyak...so kitorang order kerang rebus pinggan paling kecik...aku nak mintak separuh dari pinggan rm8 tu tapi tak boleh...hampes je... iye2 je aku order last2 yang makannya aku dengan k.meng je....

cakoi/rm10
cakoi ni si ana yang order....mula2 aku macam what the hell lah si ana ni nak makan cakoi dengan ikan bakar..tak masuk hokey!! dah lah cakoi kau mahal nak mati....sekali samapi semua macam wahh... napa nampak macam rangup je? sekali makan...ooouuuhhh rangup nya!!! garing! panas2 sangat lazat...tak macam cakoi kat pasar malam langsung~...bila kena sos macam rojak petis+kacang tu lagiiiiiiiii lah nikmat tak terkata....gilamat punya sedaaaappp! kejap je dah licin kitorang tibai~ ni memang recommended! sila order kalau gi sini!

 
ni rupa ana n k.meng tengah menikmati cakoi yang sungguh lazaaaatttt!


 cikong/rm4 kot
ok...ni air yang aku order...cikong....masa aku order kawi tanya apa tu....inilah laicikang kalau kat johor dia pendek je jadinya ..cikong....aku amik yang panas..ala2 nak jaga suara gituuuuu~ ahahhaha



  



Q-thai Grill Steamboat

Salam n hai2 semuaaaaa````
hari ni cukup lah sebulan aku berhibernasi dari  memblog.... gila lama~
ada sangat banyak isu2 makan yang nak di update... so aku cuba bersungguh2(ye ye je) untuk menjayakan misi mustahil itu~

ok...since dah banyak sangat sampai aku pon tak tau nak start dengan cerita yang mana dulu, so aku berpikiran bernas untuk start dengan yang latest...
ingat lagi tak aku pernah buat entry pasal beli voucher di groupon website??
segala kemusykilan telah pon terjawab pada malam tadi~

dimana aku telah menggunakan voucher tersebut untuk menggila disini:

Q-THAI STEAMBOAT
Lokasi: Jalan Tun Perak 5, Taman Tun Perak, Cheras
Jenis: Steamboat, Grill, Thai Style, Buffet, Masak Sendiri!!!

menu untuk air
sebab kte datang untuk serang steamboat, so air kena beli lain ye...certain steamboat bayar perhaed dengan minuman sekali..free-refill...tapi tidak untuk ini kedai....
air yang paling murah ialah: thai tea-rm1.00.. dalam kepala aku yang sedia nak untung ni nak la amik air tu.. malangnya waiter dia cakap, untuk voucher hanya boleh order air dari side: fresh juice n soft drink sahaja... hoooo....ini lah hidden charge korang kan?? juice-rm4, soft drink-rm2.50.. boleh lah dikira masih untung lagi dengan penggunaan voucher~


 ini adalah rupa environment dalam kedai..open air..so kau tak lemas dengan asap2 masa main masak2 nanti.. aku duduk area tepi sekali... meja sedang for 2 person..yang lain semua meja bulat untuk makan ramai2...

n nak cerita sesuatu yang terhangat berlaku malam tadi...ada 1 family yang ramai sampai sambung 2-3 meja ni tengah masak2 tiba2 hose antara gas dengan dapur tu tercabut...then api keluar dari gas hos and bergerak lintang pukang ikut preesure from gas...memang horror gila lah...semua panic! 1 of the family member, pakcik tua yang selamba je tutup tuil gas tu... then sambung kunyah2 makan...family yang lain dah takut gila dah...

then, pekerja dia pon gi tukar dapur n ketat kan hose... sekali selang berapa minit jadi lagi.... memang double triple horror aku tengok depan biji mata...kali ni still pakcik yang sama yang buat tindakan...
family yang lain dah tak selera nak makan dah... n diorang minta tukar meja n boleh sambung makan dengan gumbiranya~ luckily takde sape2 yang cedera malam tadi...

 aku yang baru order air pon rasa nak blah je... dah la ada bad history dengan api...mati selera aku...tapi kalo blah rugi 100% kupon aku.. demi untung duduk jugak... gila x?

 soup for steamboat~
dia tuang 2 jenis sup..macam biasa lah...sup ayam n tomyam... tomyam dia pekat n pedas gila2! en.Iky tak sentuh pon apa2 yang aku rebus dalam tomyam.. dia memang kalah dengan pedas...nanti dia berpeluh lencun 1 baju...bagi mengelakkan kejadi atersebut, aku je lah yang tibai tomyam tu malam tadi...hahahhahaha.. n dia tibai sup ayam macam kanak2 tak cukup umur lagi...hahaahahhahahahhah

 haiwan laut
siap setting dapur, kami pon bergegas menyerang buffet dia... memang pilihan buffet sangat banyak...ada  fillet ikan, ikan kembung, ikan bawal, lala, kerang, kupang, siput buluh, etc.. untuk seafood aku just amik: ketam, udang, scallop, sotong katak n kerang yang cengkerang licin tu..tak tau nama apa...haha... ni baru 1st round eh~

 tumbuh-tumbuhan
untuk tumbuhan2 ada banyak gila2! segala jens cendawan, segala jenis sayur hijau, segala jenis sayur warna warni ada...tapi aku cuma berminat cendawan n sayur macam salad yang orang korea buat wrap daging tu je...

 process food
ni memang opkos en.Iky yang amik...i tak minat u~ hahha.. benda ni pon banyak gila

 daging-dagingan
ini en.Iky yang amik..dia tau aku gila makan kambing, so dia dah siap2 amik kambing banyak2...untuk main grill2...aku suka kambing dia kat sini sebab dia memang bagi daging semata2, sebab banyak tempat aku pergi kambing dia yang 70% adalah lemak n tulang...mana tak orang semua hi-kolestrol?? selain itu dia juga menghangkut daging lembu dan juga hayam~

ok...mula memasak!!! ni masakkan dari side aku... nyummeh!! udang aku di grill dengan penuh bergaya...melambai2 panggil dimakan..sotong katak digaul serbuk kunyit itu sungguh sexy digolek2kan atas griller bersama buttter... juiiicccyy gila...me loike2... side kiri tu kambing aku...tak liat n tak hanyir.. siap grill bungkus dalam daun salad n letak sos thai...perghhhhh!!!

2nd round aku dah tak boleh amik gambar..tangan dah comot2... n aku terperasan yang aku dah tak boleh nak makan banyak dah.oouuuuhhh...sooooo rugiiiii!!! adakah kerna faktor umur?metabolisma aku telah turun mencanak2....nak proses makanan dalam perut pon slow.......huhuhuhuhuuhuh

overall: kitorang kena extra chrarge rm8 sebab datang on weekend... dalam TnC voucher ada state that... so kami tak kesah~
then another rm6.50 untuk 2 air+ 5% service charge= +- jimat la dalam 10hengget kot... kalau datang weekday lagi jimat!