Sunday, February 20, 2011

Sabtu..kena datang keje???uhuhuhu...~

Semalam ialah hari sabtu yang sepatutnya dalam pemikiran aku ialah hari untuk meronggeng di atas katil sehingga pukul 12 tengah hari. Tetapi akibat daripada sikap aku jugak yang kuat menangguh2 kerja bersama2 kfida yang memang banyak kerja, Kerja yang diberi oleh bos sebulan yang lalu baru kitorang start buat minggu ni. dan terpaksalah disettlekan semalam jugak. Bukan salah kami ok..idea yang bernas memang hanya boleh datang kalau dah last minute..hahahhaha

Siap je mengedit2 dan mengfinalistkan hasil poster kami dan dapat pengapprovean bos, kami pon bergegas menuju ke serdang. serdang? jauh bebenor nak memprint poster~ sebabnya ni je antara tempat2 yang kami tau memang murah..murah gila ok..saiz a1=rm60 je. xkisah lah kau punya poster banyak kaler macam kel sekali pon..harganya tetap sama. ikut saiz sahaja..mana nak dapat harga macam ni kat tengah2 bandar kl tu???

Sampai je kat kedah IK seri serdang (siap promote kedai) kitorang kenalah pulak menghedit poster tu sebabnya bila keluarkan print preview mesin print tu semuanya sudah lari...berkecamuk!!mau nya tak pitam kepala hotak kitorang time tu. bukan takat poster kitorang je yang kena edit. ada lagi 1 poster orang len yang kitorang ditugaskan untuk memprint pon sama. adalah dekat sejam dok depan pc tokey tu dengan muka yang serabut+kebuluran~ uhuhuhuu

tapi akhirnya berkat kerjasama yang diberikan oleh encik tokey kedai...HASILnya..

 sungguh laju mesin printer ini berlari2...

 tadaaaa........cantik tak????ni kerja 3 hari ni....

Siap je print poster, k.nani pon sampai dekat area kedai ni..dia ajak pergi try 1 kedai nasi ayam style cina.. setuju je terus sebab kebuluran dan niat untuk menghappykan diri lepas menggila kat kedai printer tu dekat sejam lebih..
____________________________________________________
NASI AYAM JR RICE BOWL!!!
Lokasi: Saujana Impian, Kajang
Jenis: Chinese style

 Pintu Masuk
Sila perhati betul2 rupa kedai ini dan ingat kalau nak pergi sini. Sebabnya kitorang pusing deret blok kedai ni dekat 2.3 kali tak jumpa..haha..

 Menu
kalau nak alamat sila tekan gamba diatas bagi keluar besar sikit. nanti nampak lah alamat dia

Minuman kami 
air sejuk kepunyaan k.nani, air teh bunga is mine and air carrot susu k.fida punya~

Appetizer: Wantan Udang 
Sorry rakan2..aku tak ingat harga wantan ni sebab k.fida yang keluarkan duit..so tak sure..rasanya antara rm4/rm7 kot..wantan ini sangat sedappp!! rasanya isinya dibuat sendiri..beoleh jumpa isi udang tu tak blend habis then boleh jugak rasa black pepper yang agak kuat..dipping sause dia jugak menarik..macam kat chilis nya...mustard+mayonaise+honey..yummy!! seronot dimakan panas2!!

ni lah inti dalam wantan tu..lupa nak cerita watak sampingan dalam inti ni iaitu ada carrot n sayur hujau2...haha..sedap gila!!! 

 Mushroom HK style
ini adalah side dish yang aku tak sure jugak nama penuh dia..tapi Hk tu ada msuhroom tu pon ada..haha..harga kalau tak silap rm8..lauk ni sangatlah sedap sebab mushroom dia punya rasa tu meresap dalam gravy tu..sayur baby sawi tu pon tak lecur sangat dan sangat sedap..perfect match dengan gravy mushroom tu

  Set Ayam Goreng

 Set Ayam Stim
untuk ayam ada 2 pilihan either nak ayam digoreng or ayam distim..n ni 1st time aku try ayam stim and pilihan aku sangat tepat..rupanya ayam stim memang lagi sedap..tapi kalau ada ayam bakar aku akan choose ayam bakar..hehe...apa yang buat ayam dia sangat berasa padahal dia stim je eh??aku rasa dengan kehadiran halia dan minyak bijan buat dia jadi tasty..

 Sup n Sos cili a.k.a Sambal
Sup dia juga ada taste ok..bukan jenis sup macam kat food court, rasa air panas letak garam and daun bawang..ini rasa sup dia plain sikit tapi still ada rasa. ok lah untuk dihirup dan dicurah atas nasi ayam yang memang dah berperisa ayam.  kalau makan kobis tu boleh rasa masin lobak masin...aku suka lobak masin...sedap2.ni sup style cina kan

 Nasi Bebola
nasi juga terdapat 2 pilihan...iaitu nasi bebola atau nasi tekup dari mangkuk..opkos lah aku order nasi bebola.sebab harganya sama je tapi yang bebola ni diorang kena kerja lebih sikit..kan rasa lebih berbaloi...hahaha... susah nak cari kedai nasi ayam style cina ni yang halal..owner kedai ni melayu..n ciri2 style cian tu masih dikekalkan dalam masakkan...itu yang specialnya kedai ini..

ni pinggan aku...siap dihias sebelum diteraburkan oleh aku sendiri untuk makan...aku suka nasi bola2 ni...walaupon rasa dia sama je tapi bila jadi bola2 tu kita akan rasa sangat special...haha...

p/s: oooppppsss....aku belum bayar kak fida lagi makanan ni..esok ye!

1 comment:

  1. kali terakhir makan wantan tahun 2007. itupun sebab warden asrama yang jual.
    tetibe teringin.
    tolong pos kesini bole?
    xD

    ReplyDelete