Friday, February 11, 2011

Teksi Kuning!!!!

Yellow Cab!
Lokasi: Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru, KL
Jenis: Pizza, Italiano.

Birthday en.iky adalah pada hari isnin yang lepas..tapi akibat daripada keceri-berian(cirit birit)  yang dialami oleh beliau dan aku pon ada je hal2 yang tak boleh dielakkan, terpaksa la postpone kan celebrate birthday dia sehingga ke hari semalam..

Bila suruh pilih nak makan kat mana dia dok tercongok2 nak pikir. susah bebenar..mula2 tak mau makan nasi la, tiba2 nak sushi king la, pastu tak terpikir nak makan ape lah..pastu nak jemput kawan dia lah..aku cakap no no no no...aku nak belanja dia seorang je..jangan lorat nak ajak orang lain ye..i nak blanja u je..gila kedekut kan aku ni...padahal bayar makan berdua piza2 ni sikit lebih kurang makan ber4..hihi

lastly kami decide nak makan kat yellow cab..kedai piza terbaik yang kami jumpa setakat ini..ngetop lah ni kononnya...

 ni rupa kedai ni dari luar..dari tepi jalan besar pon boleh nampak..and yang bestnya kalau turun putra lrt dang wangi turun je tangga seberang jalan tu memang terus je nampak kedai ni..must try!
yang bestnya nak parking pon senang bagi yang membawa kereta. ada parking khas untuk  pelanggan tapi cenonet je la. 3 ke 4 space je. tapi kat seberang jalan ada kawasan parking yang sangat2 luas..

depan kedai dia lak ada vespa 3 biji yang comel gila ni..kalau korang nak delivey, memang dia akan hantar pakai vespa ni..gila best kan..belum try makan lagi tengok motor je da rasa cam sedap..haha..coooollll~

keadaan dalam kedai...sangat suka dengan jam old school dia..macam kat stesen kereta api zaman dulu kalau dalam cerita2 la...
tapi satu je la kelemahan kedai ni..dia more to take away..ala2 macam dominos style la..kalau nak dine in boleh. tapi kau makan lah atas pinggan kertas, sudu garfu plastik, sos dalam peket makanan sampai pon dalam kertas..tapi bagi aku semua tu jatuh no.13 kalau tahap keseronokkan makanan dia mervelousss~

 en. Iky
ni lah belated birthday si tua bangka ni...hahahhahahahha..aku letak gamba dia yang time dia buat muka bongok2..sape suh posing bengot2 masa aku nak amik gamba kannn

 Charlie Chan Chicken Pasta/ RM16.80
ni menu pertama sampai..kan aku dah cerita tadi kat sini kena makan dalam kertas..jangan bersedih hati kalau makanan kau sampai dalam kotak2..hehe...masa sampai en.Iky cakap macam mee goreng mamak je rupa dia..sekali dah rasa..aah lah..macam mee goreng..tapi bukan mamak..cam me goreng basah/ hailam...tapi lagi sedap..cam lain sikit lah rasa dia..maklumlah..dah orang melayu...lidah pon bandingkan dengan makanan melayu je...
apa yang aku suka dalam ni opkos lah sebab ada cendawan shiitake tapi dia hiris nipis sangat+isi ayam yang berketul2+kuah cam mee hailam sedap punya style+ kacang tanah sejibik2...aku sukaaa tapi en. iky tak suka...ye ke tak suka?cakap je tak..tapi makan berebut je dengan aku

 Hot Wings/ RM15.00
Meal ke2 yang sampai adalah chicken wing yang sangat sedapp..chicken ni digoreng dengan tepung yang rangup dan sedap dimakan panas2...n kali ni kitorang dapat saiz wing dia besar sikit compare to before dan sedap lagi kali ni..

 4 Seasons/ RM28.60 for 10"
piza kali ni konon2 nya nak lah try banyak2 perisa..ambil lah 4 musim terus dalam 1 keping ni..4musim nya terdiri dari pada musim:NY Classic yang ada peperoni bersepah2 tu..yang ni paling sedap antara yang ada kat semua ni..sebabnya beef pepperoni!!aku kan karnivor..opkos suka yang ini...memang all time faveret kat mana2 piza pon rasanya...cheese dia tak yah ccerita lah..melambak2..bila tarik tu tak putus cheese dia cam dalam iklan...then anti clock wise: ada Roasted Garlic and Shrimp. ni bagi peminat udang2an boleh lah order..udang dia pon bersepah2..tapi aku tak minat sangat..pastu #4 Cheese.ni bagi peminat gila2 cheese..kira dia hard core cheese..sebabnya ada mozzarella, cheddar,romano n feta..gila berlapis2 dia letak cheese..aku tak tau pon pe beza rasa cheese ni..bukannya aku kenal sangat cheese ni..kalau belacan reti lah aku bezakan sikit2..hahha..yang aku tau memang pekat+padat+berlemak2 lah pe yang aku kunyah semalam...n lastly ialah Anchovy Lover..aku memang peminat ikan bilis yang selama ni aku makan kat kedai makanan malaysia..tapi aku tak paham nape ikan bilis diorang ni masin gila2 pastu tak rangup2 macam ikan bilis kita..gaya ikan bilis dia tu macam ikan masin kita je..aku koret2 piza yang ni buang ikan masin dia tu..spoil je..yang syoknya aku jumpa mushroom, bawang, garlic n olive..ni jelah yang aku kunyah2..sedap! ada lagi 1 benda tu nama dia capers..aku pon tak tau benda apa..kecik2 halus2..aku cakap siput sedut ni..en.iky cakap bukan lah..pedulik lah..aku nak jugak cakap siput..hahahha(sebenarnya memang bukan siput..cam tumbuhan je rupa dia)

 ni lah rupa anchovy lovers yang aku tibai...kompem2 aku makan topping dia je sebab perut dah kenyang sangat2...2 slice sebab aku hamik en.Iky punya slice..dia tak rela nak telan masin2 gila2 punya..sampai ke otak..masin berdesing kata orang2 tua

 lepas abis melenggang perut aku pon bagi lah hadiah en.Iky..dia tengah lorat membelek hadiah dia lah tu..aku ni kan bagus punya orang..tak balut pon..aku malas nak beli pembalut..membazir last2 kena koyak je buat sampah pastu membazir tenaga aku nak kena membalutnya kan..dia pon paham benar perangai gepren dia ni..haha

kiranya kali ni punya pilihan pizza kurang memberangsang kan..yang paling best aku suka gila2 kat sini punya pizza ialah: New York's Finest and Hawaiian...memang aku jamin tiada sesalan..terbaikkkkk!!!tapi xde gamba...huhu..n paling gila kalau ambil saiz yang paling besar punya..18"..besarrr gila okk..korang akan gila melihat saiznya..makan 1 slice je da kenyang..

ni ada lagi beberapa keping gamba aku makan b4 ni:

 air sola ni kalau tak silap aku 1 botol RM5.50

ni nak tunjuk yang potato kat tepi 2..twice-baked potato halves.
.sangat sedap n sangat berlemak+berminyak..atas potato yang dibakar tu dia taburan ham and cheese..

New York's Finest/ RM26.90 10"
yang ni sangat meletuuupp!!!suggestd menu...tak terkata lazatnya..topping dia melambak2 segala2 jenis tabur2an..takkan korang hingin makan piza kat tempat lain lepas try ni..marvelous!!!!
 tengok cheese dia..tertarik2 kau memang de bonnnnn~

Corona Chicken Salsa/ RM25.70 10"
Yang ni sangat not suggested..gila cam makan tandori kat mapley je rasa dia..kalau perah limau tu kompem terus jadi tandori...sape lah yang nak sangat order sangat benda ni hari tu tu~

 Chicken Alfredo Pasta/RM16.80
yang ni pon best...en.Iky n kawi sangat suka..aku biase2 je..aku lagi suka spegeti y kat atas tu..
 kotak piza
memang piza ko great!!!!
no .tepon dia kalau nak delivery..yang belah tak nampak tu pandai2 lah teka2..hahahahha

tisu dia...siap bercop...tak de harga~

p/s: happy belated birthday en.Iky!!!

2 comments:

  1. Jahanammm...menderita perut aku masuk blog ni...

    aaaaaaaaaaaaagrhh!!!

    helpmi..helpmi...

    ReplyDelete