sebelum ni aku ada mengidam banyak kali jugak nak makan makanan korea..semuanya angkara menjadi peminat setia family outing.. tengok diorang masak je ngidam.. n semalam kengidaman itu telah berakhir apabila kami geng gila makan: k.nani, k.fida, wani n aku ke Koryo-Won di KLCC.
KORYO-WON!!!
Lokasi: KLCC sederet dengan Madam Kwan dan Chakri's
Jenis: Korean
introducing........koryo-won~
ni dinding restaurant dia..gamba dinding pon nak letak?motif? supaya korang kenal rupe kedai dia kalau nak gi tapi xjumpa2 kedainya.. sekarang dah tau kan??hihi..
perkakasan berperang
memang authentic gila kedai ni..terasa seperti berada di korea... kalau tengok kat cerita korea kan selalu je diorang makan nasi guna sudu yang batang dia panjang kan? betol2 terinfluence ni...so masa makan tu pon kene act cute2 macam heroin cerita korea makan..haha
kitab ajaib
bahan rujukan untuk membuat order..memang kena study betul2 sebelum buat pilihan sebab harga dia boleh tahan. n for the 1st timer haruslah membuat pilihan yang tepat dan persis dan juga jitu barulah kita akan terasa berbaloi2..
menu 1: dduk boggi/ rm 30
ni menu wani.. nampak marvelous??ye..memang marvelous..aku asyk sibuk ceduk kuah dari dia je sebab kuah dia sedap! ok..apa ada dalam menu yang bunyinya macam nak duduk atas yogi ni ialah: rice cake, noodle yang macam ala2 megi tu, daging beef dan juga sayur2an..rasanya..super duper marvelous..rasa dia tu lain dari style masakan kita lah..n tak pedas..rice cake tu pulak kenyal2 bila dikunyah..n portion makanan dia memang banyak..boleh sharing2 caring2~
menu 2: dol sot bibim bap
ni pulak opkos la menu pilihan hati aku..sebabnya adu asyik tengok kat mana2 blog mesti order ni..harus lah kena tau apakah rasanya..ok..bibimbap ni pulak ialah nasi yang dalam menu tu cakap guna beras wangi ok,dan atas nasi tu dihiaskan pulak dengan sayur2an segar yang berwarna warni seperti lobak, taugeh dan salad; daging beef yang telah di marinate, seaweed, telur suku masak, sos cili dan disumbat dalam hot pot yang buat lidah aku melecur... masa sampai ni berasap2 lagi n still bunyi sirrr``` lagi u....~
ni pulak rupa sebenar bibimbap selepas kejadian aku mengaul2 sehingga sebati.. yang bestnya masa menu aku ni sampai waiter tu tengok aku dok tercongok lagi dia pon datang tegur .."the taste will be very nice if u mix it all the ingredient"...pastu kat tangan dia ada sudu n siap cakap "i can mix it for u"...OMG!!! gila heaven~ siap nak tolong gaulkan...encik korea...awak memang sangat baik hati~ jatuh cinta i... kau gila!!haha.. kalau ikotkan kegedikkan aku memang aku mau dia gaulkan... tapi aku nak lah bersusah payah sendiri gaul bende ni..sebab dalam cerita korea tu heroin dia gaul sendiri...hahahhahahaa..gedik nya pompan!
oh..lupa nak cerita pasal rasa makanan ni..asyik cerita kegedikan sendiri je..minta maap ye.. rasa dia tak lah sedap sangat dan tak lah taksedap langsung...cuma ianya tak sesedap makanan kawan2 aku pilih..kira akunya ni paling corot la rasa dia sebab ianya agak tawar or bland sikit tapi rasa dia jadi sedap sebab excited n keperluan menggunakan tenaga menggaul tu...haha..
menu 3: den jang jji gae/rm25
menu ke3 ni pulak pilihan hati k.nani...dalam menu ni dia bagi 1 nasi dalam mangkuk besi yang sangat cute n still panas lagi..lepas tu ada side dish yang super variety seperti dalam gambar di bawah:
lauk pauk yang dalam set menu ini ialah: ikan bilis goreng bersama cili padi, taugeh yang kepala dia besar gedabak dah boleh jadi kacang, sayur bayam, sayur campur: brocolli n tec, udang goreng n opkos lauk yang wajibulghunnah ada kimchi..
kimchi
saje je nak zoom in kan rupa kimchi sebab kalau gi try makanan korea haruslah rasa benda ni..ni kiranya macam lauk asas diorang lah.. penyedap rasa or pembuka selera..kalau kita orang melayu setara lah dengan sambal belacan... kimchi ni sayur kobis cina tu dijerukkan dan letak cili paste..rasanya masin2 dan rangup2... bagi aku sedap.. boleh buat snek.. kiranya aku ni boleh la duduk kat korea tu kan..haha
before ni aku dok ngadap cerita family outing tu, adalah diorang tujuk proses pembuatan kimchi yang lebih superb..iaitu dengan menambah paste udang macam udang geragau masa nak jeukkan tu...sekali tengok sejibik macam rupa cencaluk kat sini..tapi memang nampak sedap lah..tak tau yang ni ada tak dia letak perisa tambahan tu..
ni pulak salah 1 lauk dalam set menu k.nani tu..namanya ialah: den jang jji gae (traditional bean paste vegetable soup).. yang ni aku suka rasa dia..macam ada bean curd dalam sup ni..ke perasaan aku je?? macam base sup miso tu tapi yang ni ada isi macam2.. seperti sayur2an n seafood; udang n lala.. pendek kata makanan orang korea ni penuh dengan sayur2an..memang super duper healthy lah kalau kita dok korea tu...
menu 4: Ttook be gi bul go gi/ rm 28
last sekali ni ialah menu hak milik kekal k.fida...sumpah menu dia paling aku suka..kejap2 aku ceduk kat mangkuk dia..haha..gila kurang beradab aku ni...haha...set menu dia ada nasi semangkuk n lauk2 sama macam kak nani cuma sup kak nani tu ditukar dengan lauk di atas ini...apakah ia? ianya ialah daging beef yang di marinate dengan perisa yang macam kicap di grill tapi still berkuah bersama cendawan inoki dan soon/sohoon...rasa daging dia a bit manis tp marvelous...banyak gila daging dia..semangkuk penuh... memang suggested menu!
lepas tu ada juga sos cam sos spegheti n bawang putih n sayur salad... mula2 memang tak terpikir apalah gunanya benda2 ni..pastu tiba2 baru teringat,..eh..kot2 ni lah time untuk kita wrap2 daging dalam sayur tu... jadi boleh tak terpikir tu sebab daging tu cam berkuah n nampak macam lauk makan dengan nasi tu je... then idea wrap2 tu tiba2 datang bila perasaan konon2 orang korea tu hadir dalam diri...hahahahahhaha... gila aku tebiat kan?? sila terima saja ye..hahaha
maka proses balut membalut pon terjadi:
step 1: calitkan sos macam spegeti tu atas daun salad yang segar bugar
step 2: pastu letak daging bul go gi tu pulak
step 3: step tambahan..bagi yang nak extra perisa macam aku ni boleh lah letak udang goreng dia lak... pastu tambah lagi sos spegeti tadi tambahan...hihi
step 4: bungkus!!!!
step 5: nganga mulut luas2....sumbat dalam mulut..kunyah2...tutup mata...nikmati ke-WOW-an nya...
nyaman~
penyelamat jika tercekik: air mineral/ rm5 per bottle
mahal??ni je la air paling murah kat sini...huhuhuhuu...tapi dah makan sedap kenalah bilas dengan air plain~
finally...............
semua kejadian mangkuk yang licin2 diatas adalah hasil usaha aku..orang lain semua perutnya dah mengecil...aku n k.nani je yang tak surrender lagi..tapi pengakhirannya k.nani pon kecundang.. aku jugak lah punya keje.. pastu balik rumah complaint gemok...masalah betul aku ni...hu~
p/s: waiter dia memang totally korean.....cute!
jajangmyeon??
ReplyDeleteapakah itu?
ReplyDeletebest giler....^_^
ReplyDeletememang best!
ReplyDelete