Tuesday, May 17, 2011

Mother's Day?

Usha2 facebook orang asyik dok tayang celebrate mother's day minggu lepas...
then pada hari ahad=hari ibu lepas time aku keluar rumah terserempak dengan aunty tom (tuan rumah sewa aku)
dia pon tanya aku dah tepon mak aku ke wish mother's day..
aku pon dengan berterus terangnya cakap la belum
boleh lak dia cakap, "eh..teruknya awak ni! saya nak bawak tok chek(mak dia) keluar hari ni tapi dia tak mo.so saya beli some food la nanti celebrate kat umah"....
ekeleh..kecho la lu aunty tom..perlu ke aku bagitau kau yang aku dah tepon mak aku ke belom ke.. yang kau lorat sangat apesal.. kau setakat masa mother's day je baik2 dengan mak kau tapi tiap2 minggu aku dengar kau bergaduh berhempas2 pinggan mangkuk pe crita???

ni selingan kisah hidup aku yang menyewa rumah yang dalam 1 compound dengan tuan rumah...hari2 ada je yang buat aku meluat dengan dengan dia... hari2 ada je aku nak ngumpat pasal dia... 
sampai aku balik rumah kat melaka ayah aku boleh tanya, "takde cerita ke pasal aunty tom awak tu?"
aiyooooooo~

ok..cerita pasal mother's day pulak... aku memang tak menyempat nak celebrate pada hari kejadian dengan mak aku..sebabnya aku tak balik melaka akibat kena kerja pada hari tersebut...
so aku telah celebrate in advance seminggu sebelum tu masa aku balik melaka+celebrate belated anniversary parent aku yang hampir2 pada tarikh tu jugak....
so work smart la kiranya aku kan..save cost namanya...hihi

aku celebrate kat sini:

The WINDMILL Station
Lokasi: Ixora, Bukit Beruang Melaka
Jenis: Western.

 ini adalah senjata berperang di sini...iye..sangat pemalas pekerja di sini..bagi sebundle terus...hahha...
tisu pon kedek...bagi sehelai je..tu pon buat alas garfu n pisau...bongot!

kudap2-an..tak ingat apa nama dia..tapi opkos la ianya ialah wantan goreng... benda ni free sebab aku guna kupon... dia datang sekali dengan set mix grill.. time promosi kot ni..sebab sebelum ni tak pernah lagi aku jumpa benda ni dalam menu dia...
wantan ni sedappp~ isi dalam dia ialah udang lenyek dengan tepung...so rasa dia mesti lah macam udang ball yang disalut dengan kulit popia yang rangup...

Mushroom soup
ni pon didatangkan dengan set yang mana 1 entah...aku pom dah lupa...sup dia biase2 je..cair n bland...nothing special to talk about 

Orange Pineapple Juice Giant size(left) n Apple Lime Juice Giant Size (right)/rm6 .90each
jus dia memang terbaikkkk...dah la rasa jus dia super..kemasaman yang memang terserlah..sesuai untuk kami yang bakal makan makanan lemak berpadu selepas ini...saiz dia pulak gedabak punya besar.. kami jenis minum air lepas makan sikit je.. dah lama sikit baru minum banyak..so 2 biji gelas besar ni je dah cukup untuk kami 5 orang..

 demi menunjukkan kebesaran gelas ni aku pon upload sekali gamba dengan manusia..untuk memprovekan saiz dia...disamping menayang kebengongan adik2 aku...sewel kan diorang...suka buat rupa hodoh2 depan kamera...hahhahahahhahahha.... sebenarnya malam tu gamba aku lagi hodoh2....hahahahhahahha

 Fish and Chip/rm9.80
ni adalah menu untuk mak aku...mak aku kalau masuk western je memang kompem lah dia amik benda ni..takdenya benda lain..sebab dia tak suka sangat ayam.. n dia lak darah tinggi..tak boleh makan daging lagi pulak kambing..

 Double Lamb Chop/rm17.80
kalau siapa kenal aku mesti dia tau milik siapakah menu ini..dan sememangnya milik aku lah... sebelum ni aku penah janji dengan en.iky tak mau amik lamb dah..aku sudah bertaubat... tapi bila ada menu kambing je mesti aku tak mampu untuk menolak...betapa hebatnya tarikan kimia antara aku dan kambing...hihi
ni double kan..tapi aku yang hebat ini telah berjaya dengan bersusah payah nya mendermakan sekeping dari pinggan aku ke dalam pinggan ayah aku...hebat kan??hihi...
kambing dia bahagian rib n bestnya malam tu lemak kambing dia sangat lah minimum...kuah black paper dia pon pekat..so i like it!

 Double chicken chop/ rm16.80
ni menu pilihan adik aku..tiqa yang gemok..walaupon da tak gemok aku tetap nak panggil dia gemok....padahal aku yang gemok...hahahhahahha ... biasanya dia amik chicken gordon blue..tapi malam tu dalam menu dah remove..tak tau nape.. tapi bagus jugak..sebabnya aku guna kupon malam tu..ni antara menu dalam kupon..jimat duit aku...hahahahhaha

 Special Mixed/rm18.80
ni pulak menu untuk ayah n adik aku yang kedengking(kurus gila macam jerangkung meksom) iaitu kikin... ni menu paling tak sihat..semua jenis daging ada dalam ni..daging yang halal lah ye..hihi.. ada lamb chop, grill chicken, fried fish, hotdog n telur...hamik kau..semuanya protein..ish2...

ni pulak couple yang diraikan...my parent...happy anniversary ibu n ayah!!! n happy mother's day!!!
pose ni adalah pose paksaan oleh kami terhadap mereka...sweet??sporting??

seronoknya makan kat sini sebab western dia sangat murah dengan keadaan kedai yang nampak vahhh dari luar...kalau sebut western je kat melaka mesti ayah aku nak makan kat sini...sebab murah..ayah aku ni selalu pikir cost je apa2 pon..maklumlah bekas accountant...
n aku pon ada lah terikut2 perangai dia...sebab aku yang nak keluar duit..aku pon bawak lah tempat save cost ni...tempat faveret ayah kn??hihihihihi
total up semuanya adalah rm76.20 je..sebabnya aku guna kupon n kat sini takde tax...gila pandaikan aku???hahhahahha

p/s: tak perlulah aku nak kecho2kan kat kau kan aunty tom kat mana aku bawak parent aku g celebrate?
aku kechokan kat blog aku je~weeee`````

5 comments:

  1. wah..so sweet!!! rindu kt aunty tom..he2

    ReplyDelete
  2. hahhahah...da hagak da...ptot pon bulu mata aunty tom 2 da botak bguguran..org penang rindu rupanya

    ReplyDelete
  3. hahaha.. mesti aunty tom tersedak-sedak tiap kali orang baca entry nih

    ReplyDelete
  4. babis kakyin pggil aku jerangkong meksom ~~~~~~

    ReplyDelete