beberapa minggu lepas aku ada try satu makanan yang kelihatannya agak menarik...
banting n posternya boleh dilihat bersepah2 merata2 disekitar shopping mall di kl antaranya dekat the mines dan juga time square...
asalkan naik escalator je kompem jumpa bunting dia...tapi asalkan terserempak bunting dia je mesti akunya perut da penuh...
sehingga la time aku gi try kali tu memang semata2 nak gi kat dia je...
espresSOUP!
Lokasi: The Mines, KL
Jenis: ringan2, hidangan diet, sup.
Pumpkin Soup/ RM8.90
ni en.Iky yang punya..dia memang kompem orang pantai timur...semua nak manis2... bagi aku sedap cuma kalau makan banyak2 muak...boleh la kalau takat nak cilok2 dia punya 2,3 sudu...
Mushroom Chunky Soup/ RM8.90
ni kawiyah yang punya...dia gi mana2 pon kalau pilihan sup ialah mushroom sup..hadap lah berapa jenis sup pon depan bijik mata...yang ni jugak pilihan dia...rasa dia opkos la same je kat mana2..
tapi setakat yang aku penah cuba sup kat sini memang paling bes...memang lah..memang sup specialty dia n pilihan makanan light2 yang lain sangat lah sikit iaitu salad dan spaghetti saje..dah harga sup dia sampai 8 hengget...haruslah sedap sup dia..kalau tak balik bungkus jual roti naik motor pin2 petang2 suda....
Clam Chowder Soup/RM8.90
ni semestinya kepunyaan aku..aku kan memang sejenis karnivor..opkos aku punya pilihan berteraskan haiwan walaupon didalam sup...isi sup aku ialah kerangan2...memang terasa kerangan dia...tapi bila orang lain hirup pada hemat mereka sup aku ni rasa macam air laut...diorang memang 'perak'..so siapa sependapat dengan aku sila abaikan komen mereka...haha...compare to clam chowder kat fullhouse memang banyak perbezaannya...yang ni lebih pekat n clam dia sangat banyak..sambil hirup2 boleh dikunyah2
oh...lupa nak cerita kehebatan sup disini ialah dihidangkan di dalam semangkuk roti...roti mangkuk tu bukan untuk perhiasan sahaje ye tuan2 dan puan2..ianya untuk ditelan bersama roti...mula2 aku tengok puzzling jugak dalam kepala hotak ini macam mana nak makan nih?caranya.....
sila klik gamba instruction ni dan baca...wahahahahhaa
tapi sebab aku baik hati ni lah caranya nak mentekedarah bongkah roti dan sup ini...di penjuru kotak roti tu dipotong dan akan menjadikan sup didalamnya melimpah ruah ala2 empangan air yang kebocoran.. kemudian rpti2 tadi boleh lah dipotong kecil2 untuk dihirup bersama sup...roti dia mula2 keras,..bila dah start sup dia melimpah kat luar jadi liat2 dan akhirnya lembik bila sup dah meresap...
special kredit to gamba sup en.Iky sebab dia punya cun je masa proses pemecahan empangan...aku punya roti tak de rupa potongan kecil2 ala2 roti makanan ikan ni...potongan aku besarrrrrr punya...sebab aku style orang kampung; makan roti cecah sup...en.Iky style omputih; hirup sup bersama potongan roti~
ni air apa aku dah tak ingat...lama sangat perap gamba2 ni...yang pastinya harga dia rm 2.50
kalau rasa nak makan light2 n feeling2 diet boleh lah gi menuju disini...sila2...
wah...menarik tul presentation sup dgn roti tu!!! mmg ade class u..hu2..
ReplyDelete