Sunday, July 31, 2011

SABA...penuh dengan kesabaran

selamat petang dan salam bakal ramadhan!
di petang yang menstresskan ini, aku nak bawak hati2 yang stress ke dunia makanan arab...
semalam en.iky sangatlah beriye2 nak bawak aku gi try makan di Saba
so kitorang pon menuju lah sejauh2 alam dari kl ni ke cyberjaya..gigih bebeno kan

SABA restaurant
Lokasi: BLOCK A1, JALAN PERDANA CBD PERDANA, Cyberjaya( ni copy n paste dr google)
Jenis: Makanan Arab

 the menu
buku menu ni terkandung segala jenis makanan arab dari appetizer, soup, main dish: pelbagai jenis nasi arab, kebab, goreng2n, side dish, dessert dan air2...n opkos kalau dari arab kebanyakkan menunya mesti boleh pilih nak inti kambing, daging lembu or ayam...ikan jarang2 kedengaran..

 Kabsah Lamb/ rm15(Regular), rm25(Large)
ni menu pilihan kami berdua...takde maknanya nak appetizer2, soup2 ke...time ni kitorang memang dah tahap kebuluran..bayangkan lunch pukul 3 dari pagi tak telan apa2..kami amik large yang sesuai dimakan oleh 2 orang normal sebab dua2 memang hantu kambing...

sampai2 rupa dia memang sejibik macam nasi beriyani johor..rasa dia pon lebih kurang tapi tak rasa sangat berminyak n tak muak...nasi dia panjang2..memang pakai beras berkualiti tinggi..then daging kambing nya tu tertanam dalam nasi...rasanya dia masak style beryani gam kot..masak kambing tu skali dalam periuk nasi...so hasilnya daging kambing tu sangatlah lembut dan hempuk!!!me triple loike!!

daging kambing dia sangat banyak dan jangan risau tiada kejadian kami yang kambing maniac ni berebut2..maksudnya memang kambing dia enough for both of us..

 sambal ke ni?
ok...yang ni aku tak sure apakah nama dia..sebab dalam menu dia memang takde cerita pasal dia..tapi benda ni memang didatangkan khas bersama nasi arab...maybe bagi orang arab benda ni sebagai penambah/ pembuka selera dan kalau nak disamakan dengan orang melayu..ala2 sambal belacan lah ni

pada hikmat lidah aku sambal belacan arab ni diperbuat daripada tomato then dia letak cili padi(kot) sebab memang pedas ala2 cili padi dan disira bersama perahan limau yang masam..so bagi aku rasa dia pedas2 masam memang sedap dicicah dengan daging kambing dan nasi yang panjang2 tuh!

 ni rupa dalam pinggan aku...nasi, kambing dan sambal belacan arab...sikit je kan aku amik...sebab ni mula2..baru nak start...masa makanan tu sampai mula2 agak kecewa rupa dia camtu je???tu yang amik sikit je..sekali da makan...betambah2 la pulak....hahaha
bahagia je dapat bahagian rib..!!haha.kejayaan rebutan aku sangat hebat!
lagi satu nasi arab ni sangat berbeza dengan nasi beryani yang biasa kita telan tu sebabnya kalau nasi beryani mesti ada kuah beryani kan?? yang ni makan kering macam tu je..tapi ok je rasa dia sebab juice dari kambing tu je dah cukup membahagiakan sepanjang kunyahan anda..~

tapi bagi yang memang tak boleh hidup kalau makan nasi kering2 ni boleh lah gi ceduk sendiri kuah ala2 macam kuah dal (isi: ada kentang n sayur2) kat tepi penjuru kedai ni..self service n no extra charge for kuah itu...

finally,
licin gila weh...tak pernah aku makan nasi selicin ini...tengok tulang kambing tu...licin gila...takde sikit pon daging tertinggal sisa2 kat tulang tu menunjukkan betapa lembut nya daging dia...
orang cakap kalau kita makan pinggan licin, maknanya jodoh kita tu pembersih dan kemas orangnya...nanti aku pikirkan tahap pembersihnya en.iky~

air jus dia: rm5
mineral: rm1
 lupa nak amik gamba air sebab dah tak boleh tahan menahan kebuluran...n sebenarnya kami ada order sandwich ayam yang dalam menu nampak macam menarik sebab dia pakai roti pita n gulung2... tapi kehampehan melanda apabila sandwich kami tak kunjung tiba...so kitorang pon cancel kan je....lagi pon perut masing2 dah kenyang...

kalau korang2 datang sini, jangan terkejut rupa kedai dia bukan lah indah sangat...macam syle mamak 24jam je...sentiasa ramai gila orang...bayang kan kitorang yang dah lewat lunch tu pon kedai ni penuh gila orang sampai ke luar2 kedai dia buka meja...n orang siap menunggu je turn kita angkat punggung sebab nak meja.. air dia pon dalam cawan plastik pakai buang macam beli air singgit kat pasar malam tu.

even masa en.iky nak bayar kat kaunter tu, tokey dia tanya kat waiter dia meja sekian2 dah duk berapa lama?kalau dah lebih sejam tu dia suh bagi bil...dasat??haha..memang dasat! service dia memang laju...kitorang dok dari mula sampai, makan, bayar, masuk kereta dalam masa setengah jam je weh!! gila tak?? tapi kalau bab nak panggil waiter dia tambah2 order memang agak sukar dilayan..sebab ramai sangat orang n diorang sangat bz! tapi...nak buat macam mana..makanan dia memang sedap....~

2 comments:

  1. sedap2~~~ rindu nyer nak lepak kat kedai nasi arab...kat sni smua xder...huhuh~

    ReplyDelete
  2. datang la kl...geng doyan merata kt kl ni...hihi

    ReplyDelete