selamat berpuasa juga...
hari ni aku bangun amazingly awal...biasanya hari sabtu jangan harap aku nak celik lepas subuh...ini merupakan perubahan yang sangat positive..aku sangat bangga!!weeee.....
arini teringin nak update blog pasal makan. kejadian masa kawi mengescapekan diri dari saikopak lalu sanggup meredah onak dan duri lalu ke melaka... masa kawi tiba kat melaka, kitorang pon bersusah payah perah otak nak gi mentibai makan dekat mana...kononnya nak makan sesuatu yang lain dari yang lain..tak mau makan kedai yang ada kat tempat lain...aiyooo...susah betol bawak tourist ni makan...lastly kami setuju nak gi makan kat seoul garden. atas alasan melaka punya rate sangat2 murah compare to kl n style kekorea-an nya masih dijaga..
sampai je tepi seoul garden ternampak lah pulak breeks cafe kat sebelah...ouuuhhhh...makanan korea jugak lah!!!kami pon wowee...u look so stunning!!kale merah dinding mu membuat kami tergoda!~ n harga makanan dia pon orait2 juga... so kami pon serbu!!!!
ni rupa tepi cafe tu...nampak macam dalam poster kan??sabenarnya aku n kawi ada dalam ini gambar..tapi cenonet sangat lah pulak...sebab utama nak amik blok2 huruf breeks cafe ni...environment dia sangatlah cozy dan selesa untuk melepak2 berjam2 bersama2 member2...kalau buat reunion kecil2an pon sesuai...banyak gila sofa2 empuk so tak perlu nak berebut..me double like!!!
the kitab
bila da dok belek2 menu dia baru lah aku tau rupenya breeks cafe merupakan anak buah kepada seoul garden...kalau seoul garden berformatkan buffet steamboat n bbq, breeks cafe pulak more to ala carte dan makanan dia ada style korea dan western...
bulgogi beef/ rm11.90
as usual aku kalo masuk kedai2 camni aku akan order ikut tema kedai tu...da nama pon kedai korea..haruslah order makanan korea..feeling2 macam kat korea la ni konon2nya..n opkos aku jarang2 berminat nak ambil perisa ayam...me more to daging2...kalau kambing ada lagi bagooosss!..
bulgogi beef ni ialah daging lembu yang dihiris nipis2 dan dipanggang diatas hotplate..marinate dia kurang kick sikit..tapi still berasa ala2 korea..lepas tu dia panggang sekali atas hotplate tu sayur2an seperti carrot, saleri, kacang peas, bawang dan ditaburkan dengan bijian2 sesame street...street??
meal ni disajikan bersama sisipan wajib iaitu nasi panas semangkuk dan sup kimchi...nasi dia kurang melekat..so susah nak aku cekup gedik2 menggunakan chopstik..sup kimchi lak rasa macam asam rebus.. so nak bagi kurang sikit makanan melayu n lebih sikit makanan korea aku add on kimchi...baru la rasa feeling korea...haha
bagi zoom in sikit rupa bulgogi ni..
.pada aku rasa dia kureeng sikit kalau nak compare to koryo-won...opkos la koryo-won menang lagi...tengok harga lah beb..berbeza..memang berbeza!!!
cajun blackened fish/ rm19.90
ni pulak dari order-an si kawiyah tu...dia kan memang feeling2 omputih...madang nak western2...hahaha..
apa yang terkandung dalam menu ini ialah: ikan dori kena curah dengan sos cajun, spaghetti, dan salad... so kiranya makanan orang sihat sejahtera la ni...
cajun sos tu menjadi tanda tanya dalam kehidupan aku...aku search2 tengok cajun sos ni opkoslah mat salehnya sos guna tomato puree base nya..lepas tu dai alter2 ntah apa2 jadi lah pulak cajun sos...pada hikmat aku ianya adalah rasa sos tomato campur bbq sos lepas tu tabur sedak2 black pepper jadi lah sos ni...
bagi peminat ikan boleh lah try menu ini..agak menarik jugak
chicken pattie melted/ rm15.90
ni pulak adalaha hasil order-an adik aku bernama tiqa a.k.a cepotet...pilihan yang tepat lagi berbaloi... bagi orang2 yang takut2 nak order takut tersilap pilih pastu menyesal dengan harga makanan yang mahal tapi tak sedap silalah order yang ini..berbaloi!!!!memang berbaloi!!!apa yang ada dalam pinggan budak ni ialah chicken pattie: ala2 pattie beger tu..tapi yang ni dia buat sendiri...ayam dia berketul2 chunky2, then dia gumpal2 dengan mushroom..atas pattie tu dia bagi cheese atas tu pulak..lepas tu dok curah dengan sos dia..tak sure sos apa..ala2 cajun sos jugak..sedap!memang sedap!
selain itu ada jugak mas potato yang nyummy junior juice~ dan salad...ni memang menu suggested!!sila order!!!
ni gambaran menu diatas dari angle yang berbeza...aku nak highlight:
- hiasan dia dengan sesunggut dicucuk atas pattie tu..comel~
- bentuk mash potato yang super duper woweee...extra mark bagi menambah sedap
- takde apa da~
for drinks pulak..macam biasa air mineral...tapi kali ni lebih bajet sikit: kami amik air mineral sebotol dengan 3 gelas ais...aku pon tak tau macam mana aku boleh influence mereka ni amik air mineral..selalunya kawiyah n tqa memang suka order air yang super super marvelous...kompius2~
mini attack / rm10.90
finally, dessert kami amik mini attack..ais krim yang dihidang kan ialah aiskrim coklat, yang putih tu cream, then didasar dia dia letak milo, susu kocak(milk shake), biskut oreo, coklat sos ddan ceri beri...mni attack ni memang seronot! bayangkan lah kitorang dah kenyang gila ingat dah nak cancel dessert ni...sekali datang abis licin kami settle kan...memang harus diattack!
sesuai dishare dengan 4 orang...besar ye aiskrim ni..dalam gambar aku ni je kecik...n dia ada saiz lagi besar lagi...massive attack nama dia..lagi BESARRRR punya...boleh share 8 orang...kalau korang dok lepak2 makan eskim ni je dok atas sofa hempuk2 dia pastu dok 3,4 jam...nice2!
No comments:
Post a Comment