Tuesday, July 5, 2011

BapAk Kaya!!!!!

hallo2...
aku bermasalah gila nak menghidupkan semangat menghasilkan sesuatu post kat blog ni....
terlalu lalu lalu banyak halangan...susah nak cerita...panjang sangat kalau nak start cerita..tapi kalau dipendekkan cerita...sebenarnya aku malas..haha..

aku ada banyak tempat makan yang nak share dan juga eksen2 kat sini...nanti aku gagahkan update 1 per 1 ye...
so hari ni start dengan kedai yang berhampiran dengan umah baru aku ni...
boleh jalan kaki je dari rumah...yang seronoknya duduk sini pon aku berada dalam lubuk kedai makan yang berderet2 yang wajib dicuba!!!serupa je dengan macam dekat kampung baru..haha

PAPARICH cafe`
Lokasi: Bandar Seri Permaisuri
Jenis: Cafe, Lepak2, Ringan bole Berat2 pon bole, kopitiam

kedai ni aku gi nge'test' dengan adik2 aku n en.iky petang hari pertama aku masuk rumah baru...siap berhempas pulas mengemas rumah terus mentekedarah...haha

 macam biasa...the kitab: menu

 air-air yang telah menjadi pilihan hati mereka2 ialah: air kosong ais (wajib ada),  fresh lemon honey/ rm5.50, iced barley lime/ rm5.50..yang ni air biasa2 je...tak yah cerita pon korang dapat hagak rasa dia kan...diorang ni memang taste tak kelassszz...haha
n lupa air yang kikin ambil lak ialah banana smoothies with booster/ rm8.90... yang ni tak de gambar lak..pelik aku godeh2 takde dalam album..n opkos rasa pisang la kan...n yang bestnya ada rasa pil vitamin...bagus lah untuk budak kikin yang tak cukup zat tu..

 soya milk iced with coffee jelly/ rm6.50
yang ni semestinya pilihan hati ku...nama dia macam lain macam je bunyi je..terus aku pilih! sebenarnya dah pernah disuggest oleh k.fida pasal air ni...air nya basically ialah air soya a.k.a air tauhu yang lazat..mild je rasa dia..tak pekat sangat...n nak bagi manis n wangi dia guna gula melaka..then yang len macam sikit tu dia letak jelly2 yang diperbuat dari kopi! yeaaahhh..kopi!! aku kalau dengar bunyi2 kopi je terus drooling,....nyummy nyumm....sedut2 air ada kopi tergedik2 dalam mulut..seronot!

n belakang minuman aku tu ada seekor hantu hitam baru pulang dari pulau apa entah..sila abaikan dia...ahahahhahahhahah

 ni rupa air nyummy nyum yang telah digodak2 dan dikocak2 supaya rasa manis2 jelly kopi itu sebati.. lupa mau mention atas air aku tu ada krim kot...tak ingat sangat,,ke aiskrim??tak penting pon...abaikan je lah

 Ipoh Kuay Teow Soup with Prawn n Chicken/ rm8.90
ni makanan en.Iky...aku tau dia kebuluq lepas berhempas pulas mengemop, menyapu, mengangkat barang time pindah ni..maklum lah nak tunjuk rajin depan bakal mertua....
sup ni light2 sikit sup dia..ala2 Chinese style..aku suka kuay teow dia yang kecik2 sikit saiznya tu...nice2...

 dry curry mee with curry chicken/ rm8.90
ni menu adik2 aku order..mereka dok mengshare..bajet2 diet gitu...ayam kari dia da abis..so dia ganti dengan ayam braised untuk nasi ayam tu... tapi bagi aku menu ni sangat lah tak berbaloi nak makan..tak sedap pon..mee dia macam godak2 dengan kicap masin je..pastu tabur kuah kari sejemput..aku pon boleh buat...tapi ayam braised ni aku suka! kurang berminyak..sesuai untuk orang yang asyik dok pikir nak diet je...

steamed home made fish otak-otak/ rm5.80
ni pilihan hati aku lagi bagi bahagian makanan pula...sangat sangat sangat sangat sedap~!!! walaupon harga dia mahal dari otak2 kempas or otak2 biasa tu..tapi yang ni memang sedap...sebabnya boleh rasa ikan dia..pakai ikan mahal ke??siakap ke??haha..tapi maybe jugak sebab dia steam so rasa dia jadi sedap n tak ubah texture dia compare tu bakar...n yang paling penting walaupon di steam tak hanyir...lazaaattt!

No comments:

Post a Comment