Sunday, February 13, 2011

help..help!!

Bulan ni aku akan kekeringan sampai lah dapat gaji ujung bulan ni...semuanya adalah gara2 aku telah terbeli sesuatu yang sangat2 takde dalam budget..tak sangka u~tak terjangka~tak terkata ape2 dah...huhu..
aku beli ni lepas dengar ceramah kat jabatan aku pasal kebakaran..kebakaran memang kita tak jangka bila nak berlaku,..n api tu sangat lah cepat marak dan kesan kena api kat kulit kita ni walau pon sekejap tapi hasilnya sangat lah dahsyat..bayangkan kita kena wap air mengelegak pon boleh melecur kulit kita..ni pulak api..

dalam ceramah tu orang tu tunjuk lah video rumah orang terbakar, kejadian kebakaran kalau rumah tinggi2 macam rumah apartment, kesan kulit mangsa kebakaran tu...dahsyat!memang dahsyat,,,ada 1 kejadian tu dia tunjuk situasi 1 ruang tamu tu boleh terbakar dalam masa 48 saat je habis..sangat pantas..sangat sekejap!

lepas tu ada 1 kebakaran berlaku dalam rumah apartment tu..then ada 4 orang dalam rumah tu...rumah dia tingkat 4..dalam keadaan panik tu diorang decide nk terjun dari tingkap..sorang2 terjun..mati..orang tang ke4 nak terjun tapi teragak2,..antara nak terjun or berhadapan dengan api..kalau terjun tengok kawan dia 3-3 mati.kalau tak terjun mati terbakar..lastly dia ambil keputusan terjun..huh..sedih sangat2

lepas ceramah tu orang tu pon jual lah benda ni:

 Fire Extinguisher/RM269
ni yang 1kg punya..ringan sikit..boleh lah buat selamatkan diri kalau jadi pe2..aku nak beli banyak kalau boleh..nk letak kat rumah 1..dekat rumah melaka 2..dekat dalam kereta kalau aku dah ada kereta nanti 1, kat rumah en. IKy 1...kalau lah aku ada duit,,,huhuhu

 ni rupanya...masalah orang malaysia ni sangatlah tak peka dan tak kesah dengan keselamatan masing2..apa kau ingat korang kebal??kalau kat oversea semua ada fire extinguisher kat rumah masing2 n kereta masing...kita?cuba pergi bangunan kerajaan or sekolah2..tong tu ada tapi berkarat,berkelabu..kalau berlaku kebakaran betul2 benda ni tak berfungsi macam mana??sapa nak disalahkan??

aku lupa nak share 1 info pasal fire extinguisher ni..kalau nak tau sama ada ianya boleh guna lagi or tak..kita boleh tengok jarum kat meter dia..jarum di meter tu haruslah berada dalam lingkungan zon hijau..if dia dah kat luar dari kawasan hijau maknanya ianya perlu dihantar untuk diservice!

Mask/ RM169
 ni mask tahan api..kalau sumthing terbakar opkos asap yang tebal sangat banyak hingga boleh mengganggu pemandangan dan asap tu sangat2 toxic..berapa kali kita sedut je dah boleh kita pengsan n boleh sebab kan kita kena kanser n mati..so fungsi mask ni untu mengelakkan kejadian tersebut berlaku n iannya boleh tahan selama 20 minit.cukup lah masa untuk kita menyelamatkan diri dan orang yang tersayang untuk keluar dari kawasan kebakaran..

aku penah jadi mangsa kebakaran..n aku pernah rasa sakitnya terbakar..maybe orang boleh gelak n berlawak bila kita cuba sampaikan sesuatu message ni..tapi selagi tak kena kat batang hidung sendiri kita takkan sedar..
benda ni tak semestinya akan bantu kita 100% bila kejadian berlaku, sebab time ni kita akan lebih kepada panik...tapi at least kita buat langkah pencegahan untuk mengurangkan sesuatu kejadian itu lebih teruk~

p/s: aku paling sakit ati masa jadi cikgu gstt dulu..ada budak2 tergencat ni dok main fire extinguisher ni..tekan2 lepas tu lari..berasap 1 floor..syok betol nampak..kalau boleh aku nak je tembak benda ni masuk dalam mulut diorang..
aku beli ni dapat harga promo:rm369 1 set...warranty 4 tahun..kalau dah guna fire extinguisher tu boleh refill dengan syarat ada  laporan polis..ye lah..nanti kau buat main tembak2 pastu nak refill, sajak muka kau!

1 comment:

  1. Salam saudara.. Brand red panther agak mahal berbanding dgn brand biasa seperti eversafe sri dan fire fighter... Boleh jelakan kenapa pilih brand ini

    ReplyDelete