Lokasi: Sogo, KL.
Jenis: Style Manhattan la kot?haha...Seafood, Creamy Cheese, Western.
Aku baru je lepas melayan cerita Kashaf Imani hasil dari terbaca komen dari sini. Sungguh2 mendownload semalam semata2 nak tengok best sangat ke cerita ni ...ingat aku takde astro, takde tv tak boleh tengok drama?aku ada broadband berkuasa tinggi ok..semestinya wimaX! hihi....sekali da terlayan..bengkak mata beb... sedih2.. meleleh2 air mata aku..huhuh..sila lah menonton.rasa insaf sebentar..sebentar je??uik..
selepas siap membengkak kan mata, aku nak sambung mengaktifkan memblog ceritera makan2..banyak nak cerita ni..sabaq na....1-1. so mula2 nak cerita pasal kedai yang menghidangkan himpunan makanan2 yang berprotein tinggi dengan resepi ala2 dari manhattan(ye2 je...hahha)...
Menu: Buku Azimat!
ni ada promosi. promosi pon lorat nak amik gambar...informatif sungguh blog aku kn??hahhaha
Soup: Chowder Soup, Mushroom Soup
Chowder soup ialah yang kaler oren tu ye adik2...aku pon baru lah tau nama dia chowder..kalau aku yang bagi nama opkos jadi tomato soup atau lobak soup or pumpkin soup kot...setelah mengwiki maksud chowder dan hasil pahaman aku ialah sup yang creamy, milky pekat dengan menambah bahan2 yang boleh membantu dia memekat. mushroom soup tak yah cite maksudnya..tak tau ke?nak aku gitau gak???maksudnya sup kulat~
Chowder Soup
ini lah rupe sup ini apabila di zoom..menyelerakan?ye..memang menyelerakan sekali! aku memang kalau bab makan appetizer jangan risau. meman aku menggilanya...base yang memekatkan sup ini ialah tomato. kemudiannya ada pulak isi2 ikan and seafood dalamnya.tak lah banyak..adalah 3 ketul...and hasilnya macam rasa gravy spageti tapi tekstur kelikatannya yang berbeza...tapi sangat nyummy!
Mushroom Soup
sup ini pulak sangat lah special sebabnya kami dapat ianya secara percuma...soup in the house~ kata waiter itu semasa menghidangkannya bersama sup2 yang lain..wah..baiknya mereka2 dikedai ini...dulu aku masa aku makan dengan kawi tapi yang kat mid aku rasa cam bangsatnya kedai ni lepas keluar dari kedai tu...kali ini suasananya berbeza sekali...adakah kerana kali ini kerana dibelanja?hahahaha...sup ini k.fida yang punya..and her comment: rasa yang sama je dengan mushroom soup biasa tapi lagi sedap dari campbell la..pekat dan mushroomnya boleh jumpa berketul2..(ni cam comment aku je~)
Tropical Breeze
ini pula ialah air kami..air 2-2 gelas tu sama je ye..bukan 2 jenis minuman yang berbeza..yang kiri ialah rupa air tu apabila sampai di meja anda mula2....ianya ialah kordial oren/tropical yang didasarnya gelas tu. dan kemudiannya di+ dengan air sprite...kanan tu pulak rupa air tu selepas digodak2..makanya homogenize la kordial itu...rasanya..nyaman~ ces..special la sangatkan air mudah camni korang nak cas sampai rm8..<---ni ayat kalau kena bayar sendiri..tapi tak keluar la perkataan2 ini sebab kena belanja kan~
peralatan berperang
...sudu untuk menyuap, garfu untuk mencucuk, pisau tumpul tu untuk apakah???
Manhattan Seafood Platter for 2
ini adalah ala2 set combo la..nama je set for 2 tapi sebenarnya boleh makan untuk 3-4 orang..apa yang terkandung di dalamnya: base nya ialah nasi macam ala2 rasa nasi goreng cina, lauk pauknya pula ialah: sotong goreng tepung yang jenis ring2 di sebelah kiri, udang yang dah siap buang kulit rasanya macam digrill, kupang yang di----(tak tau masak apa) lepas tu diselaputkan dengan creamy cheese dan yang specialnya platter ni dari biasa ialah ikannya ialah ikan salmon...kalau platter biasa dia bagi ikan cam ikan fillet/ dory...kali ni aku makan dah tak muak dah. sebab dia dah tak tabur banyak2 sangat creamy cheese n mayonaise..so ianya jadi sangat sedapp.nak2 makan ramai2..lagi rebut2..baru la ada feel~
Dipping Sause
kalau aku panggil yang merah itu ialah sambal...aku suka apabila ianya dimakan bersama nasi goreng cina tadi selepas diperah lemon... finally...tinggallah mr. lonely tomato...yang makan tak bersih tu nanti dapat laki selekeh kata orang2 tua...en.iky ada gaya tu??ada2...hahahahha
ni pinggan aku..licin...siap tak cukup 1 sudu..sampau 2 sudu sekali..bayangkan camne aku makan tu??ish2,,,..anak sapa la ni?
Tuscan Tiramisu
ooohh..tak final lagi rupanya tadi...ni baru nak final...dessert kami!!nyummy2...aku kalau ada rasa kopi2 je kompem sedap..walaupon biskut celup kopi..i love it so much! nak2 tambah lak lagi dengan cream cheese yang lazat lagi berkrim~
ni nak zoom tapi kamera aku kamera handphone je...tak dapat lah nak menunjukkan tekstur tiramisu yang marvelous ni...sedaaaapppnya!!!
n aku ada some picture from manhattan fish market ni dolu2 masa makan dengan kawi...:
time ni 1st time g...so sangat jakun la..sume nya amik gamba..sampai ke logo nya...
Milk Shake: Chocolate and Strawbery/ RM8.90
Time dia baru sampai kitorang punya la excited..jakunnya..ish2...siap...wah...bergaya nya...gorjes nya rupa dia..marvelousnya..nervousnya...siap ambil gamba dari pelbagai angle tuuu...sekali sedut...cis!!kuang ajaq..ni air coklat dutch lady!!!takat letak cream je atas dia..hangguk sungguh time ni rasa kena tipu....harga dia+tax aku leh dapat air susu tu 2 kotak besar eh...
Sekali platter kitorang sampai dia buat pertunjukkan bakar2 lak depan biji mata..maunya kitorang tak xcited clap2 tangan cam anak beruk...rasa macam wow...hebatnya...!!!sengih abang ni masuk dalam gamba ye~
ni la kawi a.k.a kawiyah...lepas dapat menu bergaya, sakan la amik gamba kan...time ni dia still kurus eh..sekarang jangan harap nak jumpa dia camni...ahahahhahhawawaakakakaka
ni platter for 2 versi dulu2...berbeza dengan aku makan baru2 ni..ikan dia ialah ikan fillet/ dory, udang dia tak kopek lagi n ada pertunjukkan bakar2, ada fries, sotong goreng tepung yang sangat berminyak n tiram yang digoreng dengan tepung..masa suapan pertama hingga ke 5 tu macam wahh..sedappp!!!nyummy2...lepas tu start slow2..last2 dok men tolak2 kiri kanan.. bayangkan almost all the food atas platter ni digoreng dan sangat2 berminyak, lepas tu cheese lagi lepas tu mayonaise lagi+makan berdua je...muak2, loya dah..sekali makan tiram dia...lagi aku tak leh handle..kembang tekak..
zoom in....nampak tak dia punya cheese n mayonaise dia..bergenang2....bergaya sungguh kan rupa dia
dipping sause dia dulu ada 3 jenis
ni aku siap isi survey form dia..
sungguh2 aku isi ni dengan penuh perasaan yang tulen..tak tipu punya feeling..kalau zoom gamba ni aku tick taste: forget it..ni sebab aku muak2 n loya2..haha, value: i'm broken..ni memang aku broke lps makan sini..dah la mahal..tak puas ati..time ni student lagi..lagi rasa tensi2...presentation: good..memang good..ada persembahan lagi...dapat la kredit di situ...tapi ni dulu tau..masa tu memnag aku kutuk gila2...siap berjanji takkan masuk kedai ni lagi... baru2 ni aku masuk ok je..tak lah se horror time dulu..maybe diorang dah berubah setelah baca aku punya survey form ni kot???(perasan!!!)
penyelamat aku on the way back to ukm! lemonade from aunty anne...i love u so much...hilang loya2 i~
p/s: Tq kak nani sebab belanja..muahx2!!!
hoi..kuang hajau punye bdk..kutuk aku gemukkkkkkk la tue..xpe2 nnt i diet u tgk laaa..wakakaka..
ReplyDeleteok2..i'll wait 4 u~hehhehe
ReplyDelete