Sunday, February 6, 2011

sudah 2 tahun tanpa sedar~

huuuu...entry kali ni bukan untuk update ceritera makanan2 lazat..kerana hari ini merupakan ulang tahun hari yang bersejarah dalam hidup aku. kejadiannya berlaku tepat pada tarikh ini tapi 2 tahun lepas. gila dah lama rupenya..tak sangka..rasa macam baru je tengah tahun lepas aku jadi SUPERWOMEN dengan kebolehan kalis api..

iaitu aku terbakar dalam lab..malas nk cerita sebab mengulang ayat yang sama setiap hari setiap kali orang datang melawat. tak cukup lagi, keluar wad pon kena buat siaran ulangan. kiranya topic of the year la..hot stuff aku lepas tu..haha

dan hasilnya adalah seperti di bawah:

masuk unit kebakaran selama 20 hari. tak boleh keluar langsung. bayang kan betapa bosannya hidup aku tana cahaya matahari. gedik gila time ni boleh rindukan matahari. padahal bila keluar je panasnya!!~ ish2..tak pernah bersyukur!
wanita bermask itu adalah kawi..boleh jadi duta unit kebakaran ye pasni..

 ni bahagia leher..nampak cam scary?? ada part yang lagi scary dari ni..tapi xdapat nak ambil gambar

ni entah yang ke berapa dia cucuk..mula tangan kanan, pastu kiri pastu kanan atas sikit pastu pastu...banyak la..sampai da tak rasa apa bila kena cucuk..cucuk banyak kali bukan sebab doktor/nurse tak pandai cucuk okk..sebab da lama sangat dok hospital..sampai tersekat benda tu dengan darah beku aku

gambar bawah ni pulak antara kawan2 aku yang melawat. ada dalam folder aku 4 org ni je sebab ni je org2 yang mengeletis asyik nak bergambar. tak paham orang sakit ke??haha..

 ni k.ain..salah sorang geng blok aku masa kat U...muka aku di conteng..ala2 blogger yang tak mau cari publisiti..hahah

 ni cayo..cayo adalah antara yang paling rajin datang teman aku. almost every day..dia memang gila babi punya baik..dia gak teman aku jip pusat kesihatan a.k.a ambulans xberapa nak jadi. dia teman aku dari dalam tu sampai aku masuk wad..dia telefon parent. bagi aku notes lecture yang tertinggal. uruskan insurans aku...banyak gila...tq yok..sangat2 appreciate dia..muahx!!!

 ni aney..dulu en. iky paling sentap dengan dia..tak tau nape..muka bukan hensem pon..hamsap je..ha..teddy bear tu en. iky yang bagi..sempena aku masuk wad.wat teman tido la kiranya...bestkan..nak dapat hadiah dari en.iky kena la berlaku sesuatu dulu..haha
n aku letak gamba ni sebab nak tnjuk betapa hebatnya jari2 aku mengeluarkan kuasa api time tu..hasilnya semua jari kena balut sebab melecur gila2

ni kawi sekali lagi..pon antara yang rajin melawat aku..im touched..hari aku masuk hospital tu dia tepon siap nangis2..aku yang patot nangis la wehh...hahah..tu siap jadi tukang ikat rambut i lagi..sebabnya jari2 ku tak boleh digunakan..huhu

ada ramai lagi yang selalu datang melawat..tapi takde gambarnya..anataranya ana a.k.a dobot: yang bawak kan aku air zam2, cupcake. geng2 doyan yang lain. coursemate..lecturer.sedara mara: nida, napi,nina n boboy, maklongs family, mak bib imah n ecah: selalu gila datang jugak bawak kan majalah, novel, makanan2 bukan hospital etc...kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah:gsa my bestpren forever dari jb datang dengan wana, aqwa, aunty rosinah yang sanggup datang naik cab dari putrajaya,nina yang dah bertahun tak jumpa tiba2 muncul time 2... 

n opkos en.iky: takde gamba dia jugak..tapi ada teddy bear dia bagi.. dia sangat lah bersanggupan datang berhujan,panas naik skuter dia tu dari UKm ke HUKM semata2 nk teman aku. padahal time ni kitorang belum couple pon lagi..tq bangat!!lubiu!muahx2!

kepada rakan2 yang tak kena sebut jangan kecik ati..aku sentiasa ingat korang cuma tak tertulis,,huhu
n opkos muy parent: ibu n ayah..masa ni aku rasa macam sangat2 menyusahkan kan parent aku. tiap2 minggu kena turun naik KL. sedih sangat...huhu..my bros n sis: abang.luqman n nua, tiqah n kikin: tukang seludup mcd untuk aku, wat lawak time melawat...nenek pon same: siap mimpi2 aku tak bangun2 terlantar kat hospital...huhuhuhuhuhu...da sedeh la pulak bila ingat balik..

 da..tak mo cite sedih..wajib tayang makanan dalam entry aku.. ni makanan HUKM..ok lah..tak lah tak sedap..n tak lah sedap sangat..tapi bila dah namanya orang sakit..rasa tak selera je..huhu

 ni makanan sampingan..banyak gila2 stok makanan aku.asal orang datang je bawak makanan. camne la aku tak gemok lepas keluar hospital..siap tumpang jus2,milo segala dalam peti ais pantry nurse ok..haha..
 malas nak cerita da..ni bawah ada lagi beberpa keping gamba yang kat jari da  start recover:






dan ini!!!!:

log book thesis aku!!!!terbakar betul2 kat tempat data2..wwwuuuu..tapi masih boleh diselamatkan...dan hasilnya........aku grad saing batch aku jugak!!!wweeeehhhuuuu

p/s: happy birthday parut2n...~

4 comments:

  1. Waaaaah.... Teruknya kesan terbakar.
    Nasib baik ada kawan-kawan yang sudi membantu kan?

    ReplyDelete
  2. yupie!!tu la bestnya ada kawan2 y supportive~

    ReplyDelete
  3. "iaitu aku terbakar dalam lab.." ok,part ni saja aku dah tergelak bukan main.haha..


    *masak megi dalam lab keeeee? haha.ok,bagus kalau dah sembuh.

    ReplyDelete
  4. ayat2 lepas tu kau kesat air mata pulak eh??hihi

    *masak etanol je..pandai kn??tq2!!

    ReplyDelete